Profile

Daftar Kursus Jahit Manik Di Yan

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus jahit manik berhampiran kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus jahit manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus jahit manik di kawasan anda kerana ingin berjinak-jinak dalam dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Justeru, bermula daripada tahun 2017, kami telah memberikan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira idea dan permintaan para pelajar kami.

Jadi, anda tidak sahaja dapat mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga boleh mengutarakan idea topik yang mahu anda pelajari.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menawarkan aneka modul kursus jahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Untuk pengetahuan anda, kesemua modul kursus jahit manik telah dicerakinkan mengikut tahap kemahiran setiap ahli bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk peserta memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan ahli kami walaupun selepas menghabiskan modul kursus jahit manik dengan kami. Ini amat bersesuaian dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih sukses dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, samada anda berhasrat mengikuti kursus jahit manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa menghadiri kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Adapun, jika anda ingin mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus jahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus jahit manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau waktu merupakan satu penghalang kepada anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda mampu mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang dipaparkan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri ini untuk memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen tip dan rahsia yang diselitkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan dengan harapan peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan sewaktu mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun atur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak kami tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Akan tetapi, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua maklumat dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar sekiranya audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus jahit manik tidak akan lengkap tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang disediakan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahit manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Yan Kedah