Daftar Kursus Jahit Manik Di Sungai Petani

Daftar Kursus Jahit Manik Di Sungai Petani

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus jahit manik berhampiran kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus jahit manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus jahit manik di tempat anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Jadi, bermula daripada 2017, kami telah memberikan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan sumbang saran para pelajar kami.

Jadi, anda bukan sahaja boleh mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga digalakkan memberikan cadangan tajuk yang mahu anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahit manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan pelbagai modul kursus jahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kurikulum kursus jahit manik telah dibahagikan mengikut tahap setiap pelajar bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan pelajar kami sungguhpun selepas tamat mengikuti kursus jahit manik dengan kami. Ini amat relevan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu pelajar kami untuk lebih sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus jahit manik hanya sebagai hobi atau sebagai proses menjadi usahawan, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Namun, jika anda ingin mendaftar kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat pelbagai kursus jahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus jahit manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda berupaya mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Disebabkan itu terdapat modul rahsia dan tip yang dimasukkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan supaya pelajar tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dibuat semasa mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan setiap pelajar memahaminya secara optimum. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak kami tidak utamakan teori pembelajaran. Sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua input modul dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus jahit manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni kerajinan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Sungai Petani Kedah