Daftar Kursus Jahit Manik Di Pokok Sena

Daftar Kursus Jahit Manik Di Pokok Sena

 

 

Adakah anda mencari kursus jahit manik berhampiran kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus jahit manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus jahit manik di tempat anda kerana meminati dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara online buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Adapun, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan sumbang saran para peserta kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja boleh mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu mengutarakan cadangan tajuk yang ingin anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan servis kursus jahit manik yang professional dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina aneka modul kursus jahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua modul kursus jahit manik telah dipecahkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami sungguhpun selepas menghabiskan modul kursus jahit manik bersama kami. Ini amat relevan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk sukses dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda ingin mengikuti kursus jahit manik hanya sekadar memenuhi masa lapang atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua anda berada.

Sebaliknya, sekiranya anda mahu mendaftar kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat bermacam-macam kursus jahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus jahit manik secara private coaching tanpa ada peserta lain. Dalam erti kata lain, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda boleh mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara online walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri seni halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan supaya peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri seni halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Adapun, kami lebih mengambil kira konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terpelihara, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua info dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, untuk memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap peserta boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak diterbitkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif di dalam platform, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus jahit manik tidak akan lengkap tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus jahit manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni kerajinan ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Pokok Sena Kedah