Daftar Kursus Jahit Manik Di Pendang

Daftar Kursus Jahit Manik Di Pendang

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus jahit manik berhampiran kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus jahit manik untuk persediaan untuk menambah skill anda? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus jahit manik di kawasan anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara atas talian buat anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar berdaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Tidak cukup dengan itu, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam web Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan sumbang saran dan permintaan para pelajar kami.

Jadi, anda bukan sahaja mampu mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga digalakkan mengutarakan sumbang saran topik yang mahu anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Tujuan kami adalah untuk memberikan servis kursus jahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Kami membina pelbagai modul kursus jahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus jahit manik telah dicerakinkan mengikut level kemahiran setiap ahli bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan diskusi berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap pertanyaan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan ahli kami meskipun selepas menghabiskan modul kursus jahit manik dengan kami. Ini amat bersesuaian dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong ahli kami untuk lebih berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda hendak mengikuti kursus jahit manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu turut serta kursus jahit manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua tempat anda.

Namun, jika anda mahu mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di akademi tersebut, terdapat bermacam-macam kursus jahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahit manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jika jarak lokasi atau waktu merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Disebabkan itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan supaya peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan setiap peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Akademi2u tidak menitikberatkan soal teori pembelajaran. Adapun sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua maklumat dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jika audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan mengajar untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan point.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah masukkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Jadi, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus jahit manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang terdapat di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus jahit manik yang bermutu untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Pendang Kedah