Profile

Daftar Kursus Jahit Manik Di Langkawi

 

 

Adakah anda mencari kursus jahit manik berhampiran kawasan anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mendaftar kursus jahit manik untuk persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus jahit manik di kediaman anda kerana meminati dunia seni kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara online untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimuatkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Jadi, anda bukan sahaja mampu mempelajari bermacam-macam seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga boleh mengutarakan idea tajuk yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus jahit manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menyediakan pelbagai modul kursus jahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua kurikulum kursus jahit manik telah dipecahkan mengikut level kemahiran setiap peserta bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah membina ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap pertanyaan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami meskipun selepas tamat mengikuti kursus jahit manik bersama kami. Ini bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk lebih sukses dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda mahu mengikuti kursus jahit manik hanya untuk suka-suka atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah saluran yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah mampu mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Namun, jika anda hendak mendaftar kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat aneka kursus jahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahit manik secara one to one basis tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau waktu merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang tepat. Anda berupaya mendaftar diri apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang dimuatkan di sini secara online tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami percaya, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Oleh itu terdapat modul rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan dengan harapan peserta tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang bakal dilakukan ketika mana mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara total. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah diseragamkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua input modul dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan pelajar di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Oleh yang demikian, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus jahit manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menggunakannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan servis kursus jahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Langkawi Kedah