Daftar Kursus Jahit Manik Di Kuala Nerang

Daftar Kursus Jahit Manik Di Kuala Nerang

 

 

Adakah anda mencari kursus jahit manik di berdekatan kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu mengikuti kursus jahit manik untuk persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda mahu mengikuti kursus jahit manik di kawasan anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli berdaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah menjadi rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Malah, bermula daripada 2017, kami telah menawarkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan sumbang saran para peserta kami.

Justeru, anda bukan sahaja boleh mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga boleh melontarkan cadangan topik yang mahu anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahit manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami menawarkan aneka modul kursus jahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun modul kursus jahit manik telah dicerakinkan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk peserta memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami walaupun selepas selesai mengikuti kursus jahit manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong peserta kami untuk sukses dalam dunia seni kerajinan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus jahit manik hanya untuk suka-suka atau untuk memantapkan kemahiran anda, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini berikutan anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan gajet atau PC sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Sebaliknya, jika anda hendak mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah merupakan penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat bermacam-macam kursus jahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus jahit manik secara one to one basis tanpa ada peserta lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara perseorangan. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka sesi pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling tepat. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara online walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan pengajar yang berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak semasa. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang terbaik. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba melalui penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Disebabkan itu terdapat modul rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diperkenalkan supaya peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat ketika mana mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah semua modul pembelajaran telah disusun dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan setiap peserta memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Sebaliknya, kami terapkan konsep praktikal dalam segenap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dibangunkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dipecahkan berdasarkan modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua maklumat dengan baik.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Mahu tidak mahu, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap peserta boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini boleh dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak dikeluarkan lagi di dalam mana-mana topik tutorial kami sebelum atau selepas ini.

Oleh yang demikian, bagi menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, melakukan perbincangan, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, lagi bertambah mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus jahit manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahit manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk meninjau tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Kuala Nerang Kedah