Daftar Kursus Jahit Manik Di Jitra

Daftar Kursus Jahit Manik Di Jitra

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus jahit manik berhampiran kawasan kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin mengikuti kursus jahit manik sebagai persediaan untuk menjana pendapatan anda? Atau adakah anda ingin mengikuti kursus jahit manik di kediaman anda kerana meminati dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara online kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tidak mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada 2017, kami telah memasukkan lebih banyak topik tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan cadangan para pelajar kami.

Justeru, anda bukan sahaja boleh mempelajari apa jua seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga mampu memberikan idea topik yang ingin anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahit manik yang berkualiti dan terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Kami menyediakan aneka modul kursus jahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua kurikulum kursus jahit manik telah dibahagikan mengikut level kemahiran setiap pelajar bermula dari level kemahiran pemula hingga ke level kemahiran penyulam berpengalaman. Malah, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan diskusi berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Pengajar anda sedia memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan pelajar kami meskipun selepas menghabiskan modul kursus jahit manik bersama kami. Ini bersesuaian dengan pegangan kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami menolong pelajar kami untuk berjaya dalam dunia kemahiran berasaskan tangan ini.

Tidak kira, walaupun anda berhasrat mengikuti kursus jahit manik hanya sekadar untuk hobi atau untuk pengetahuan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulaman manik biarpun tanpa perlu menhadiri kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua lokasi kawasan anda.

Namun, sekiranya anda hendak mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah menjadi bebanan anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat aneka kursus jahit manik yang boleh dipelajari secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahit manik secara one to one basis tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Sekiranya jarak lokasi atau masa merupakan satu kesulitan buat anda untuk mempelajari seni kemahiran kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara online di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara online walau di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang dibina adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami amat yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mustahil dapat dijual beli.

Oleh itu terdapat segmen tip dan rahsia yang dimasukkan dalam setiap modul untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan supaya pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat sewaktu mempraktikkan teknik yang sedang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan kesemua pelajar memahaminya secara total. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak kami tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran dijaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan hasil paparan video yang jelas dan menarik. Kesemua segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua info dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Percaya atau tidak, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimuatkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, bagi memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification boleh diertikan sebagai proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan peserta di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah tambahkan produk bonus yang hanya boleh didapatkan secara percuma menggunakan mata ganjaran anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk menebus produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus jahit manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para pelajar. Untuk makluman anda sijil tamat akan dianugerahkan setelah anda menyempurnakan kesemua modul yang disediakan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda berupaya menambah nilai kemahiran anda walaupun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahit manik yang terbaik untuk anda menguasai dan mempelajari seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melakukan kajian tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Jitra Kedah