Daftar Kursus Jahit Manik Di Baling

Daftar Kursus Jahit Manik Di Baling

 

 

Adakah anda mencari kursus jahit manik di sekitar kediaman anda? Adakah anda ingin belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus jahit manik sebagai persediaan untuk menambah nilai kemahiran anda? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus jahit manik di kediaman anda kerana berminat dengan dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara atas talian khas untuk anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli berdaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini menakuk dari semasa ke semasa setiap waktu tanpa mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun tersebut, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut cadangan dan permintaan para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja dapat mempelajari aneka seni kerajinan tangan bersama kami, tetapi anda juga boleh memberikan cadangan tajuk yang ingin anda ikuti.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahit manik yang berkualiti dan professional untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menyediakan pelbagai modul kursus jahit manik bermula dari modul manik untuk pemula, modul manik pertengahan, modul manik advance, modul manik crumble serta modul manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun kesemua modul kursus jahit manik telah dibahagikan mengikut level setiap peserta bermula dari level pemula hingga ke level penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah memperkenalkan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk peserta memulakan diskusi berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Akademi2u sentiasa prihatin dalam membina perhubungan jangka panjang dengan peserta kami sungguhpun selepas menghabiskan modul kursus jahit manik dengan kami. Ini bertepatan dengan konsep kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk lebih berjaya dalam dunia seni halus tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda hendak mengikuti kursus jahit manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk menjana pendapatan, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu hadir kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan internet sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi anda.

Akan tetapi, sekiranya anda hendak mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah penghalang anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus jahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahit manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara solo. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau masa merupakan kekangan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka sesi pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mendaftar diri apa jua tutorial seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam sektor ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi sekiranya ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan halus tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak mampu untuk dijual beli.

Oleh itu terdapat modul rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Segmen tip dan rahsia ini diketengahkan supaya pelajar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dibuat sewaktu mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah disusun dengan langkah yang mudah difahami bagi memastikan setiap pelajar memahaminya seratus peratus. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan halus tangan ini. Pihak Akademi2u tidak utamakan teori pembelajaran. Sebaliknya, kami lebih mengambil pakai konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Peserta Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran sentiasa dijaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk online video. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan menarik. Setiap segmen video telah dibahagikan berdasarkan modul bagi memudahkan pelajar menerima kesemua maklumat dengan lebih berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan diedit secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga disediakan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan tahun 2018. Gamification membawa maksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti anda di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah wujudkan produk bonus yang hanya boleh ditebus secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, bagi memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menghabiskan topik tutorial, memberikan idea topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, lagi banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus jahit manik tidak akan sempurna tanpa pemberian sijil tamat kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh di download dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk profil anda. Pastinya anda akan berjaya menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahit manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari seni kerajinan ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan masa dan waktu untuk mempelajari tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Baling Kedah