Profile

Daftar Kursus Jahit Manik Di Alor Setar

 

 

Adakah anda sedang mencari kursus jahit manik di berdekatan kawasan kediaman anda? Adakah anda mahu belajar manik tetapi tidak tahu di mana tempat kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda mahu memasuki kursus jahit manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda mahu mendaftar kursus jahit manik di kawasan anda kerana berminat dengan dunia kerajinan tangan ini?

Dengan lebih 1 dekad pengalaman dalam dunia kerajinan tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 ahli yang mendaftar secara online di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tanpa mengira masa.

Untuk makluman, Akademi2u juga telah menjadi bahan rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun 2017, kami telah menawarkan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Tutorial percuma ini ditambahkan ke dalam laman sesawang Akademi2u dari semasa ke semasa mengambil kira kehendak dan sumbang saran para pelajar kami.

Oleh itu, anda tidak sahaja dapat mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, akan tetapi anda juga mampu mengutarakan cadangan topik yang mahu anda dalami.

 

 

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat kursus jahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami memperkenalkan aneka modul kursus jahit manik bermula dari segmen manik untuk pemula, segmen manik pertengahan, segmen manik advance, segmen manik crumble serta segmen manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Adapun segmen kursus jahit manik telah dibahagikan mengikut tahap setiap ahli bermula dari tahap pemula hingga ke tahap penyulam berpengalaman. Tidak cukup dengan itu, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal 2018 ini untuk setiap ahli berdaftar memulakan perbincangan berkaitan dengan kemahiran yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia menolong menyelesaikan kebuntuan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan jangka panjang dengan ahli kami walaupun selepas menyempurnakan sesi kursus jahit manik dengan kami. Ini amat relevan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu ahli kami untuk berjaya dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, samada anda berhasrat mengikuti kursus jahit manik hanya memenuhi masa sanggang atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah platform yang terbaik. Ini disebabkan anda boleh mempelajari sulam manik biarpun tanpa perlu mengikuti kursus jahit manik secara fizikal. Hanya di hujung jari sahaja, anda sudah dapat mempelajarinya walau di mana jua lokasi kediaman anda.

Sebaliknya, jika anda hendak mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di Akademi Sulaman Sri Classic, terdapat bermacam-macam kursus jahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic mengadakan kursus jahit manik secara orang perseorangan tanpa ada pelajar lain. Dalam erti kata lain, anda akan menuntut ilmu secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahit manik secara group turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Adapun jarak lokasi atau kesibukan masa merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kerajinan tangan ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang sesuai. Anda mampu mempelajari apa jua topik seni kerajinan halus tangan yang disediakan di sini secara atas talian tidak kira di mana jua anda berada.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan tenaga pengajar yang bertahun-tahun berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang telah dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran semasa. Kami yakin, pengalaman adalah pendidik yang paling berkesan. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba menerusi penglibatan aktif dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Oleh itu terdapat modul rahsia dan tip yang diselitkan dalam setiap modul untuk membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta. Segmen tip dan rahsia ini diperkenalkan dengan harapan peserta tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang dipelajarinya.

Malah setiap modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah diikuti bagi memastikan kesemua peserta memahaminya secara penuh. Kesemua ini adalah rentetan daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Kami tidak utamakan teori pembelajaran. Adapun, kami terapkan konsep praktikal dalam setiap sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Graduan Kami

show-testimonials alias=’Homepage Testimony’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah diselaraskan dalam bentuk video. Ia dirakam dan diedit secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Setiap segmen video telah dibahagikan mengikut modul bagi menyenangkan peserta menerima kesemua input modul dengan berkesan.

Setiap video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang menarik akan menjadi hambar jikalau audio yang dimasukkan di dalam video tidak berkualiti. Justeru, dalam memastikan bahan mengajar kami berkualiti, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan-bahan mengajar untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk pdf atau ebook. Setiap pelajar boleh mendownload bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Kami turut menyediakan sistem gamification di dalam platform ini bermula pertengahan 2018. Gamification membawa erti proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap pergerakan anda di dalam platform akan diberikan point.

Mata ganjaran ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah sediakan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di mana-mana topik tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Justeru, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak point yang boleh dengan sentiasa aktif, berdiskusi, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda berinteraksi di dalam platform, makin bertambah point yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Setiap kursus jahit manik tidak akan lengkap tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk makluman anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menamatkan dengan sempurna kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dikongsikan di dalam media sosial anda untuk menghebahkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malah, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk referens skill anda. Pastinya anda akan dapat menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi mahupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan khidmat kursus jahit manik yang bermutu untuk anda menguasai dan mempelajari kemahiran ini walau di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Kursus Jahit Manik di Alor Setar Kedah