Kursus Jahit Manik Kedah

Kursus Jahit Manik Kedah

 

 

Adakah anda mencari kursus jahit manik di sekitar kediaman anda? Adakah anda mahu menimba ilmu tetapi tidak tahu di mana lokasi kursus jahit manik berhampiran anda? Adakah anda ingin memasuki kursus jahit manik sebagai persediaan untuk menjadi usahawan? Atau adakah anda ingin mendaftar kursus jahit manik di tempat anda kerana berminat dengan dunia seni halus tangan ini?

Dengan lebih 10 tahun pengalaman menerusi dunia seni halus tangan ini, Akademi2u memperkenalkan kursus jahit manik secara atas talian kepada anda. Kami mempunyai lebih 3587 pelajar yang mendaftar secara atas talain di Akademi2u sehingga 2017. Malah, jumlah ini telah bertambah dari semasa ke semasa setiap hari tidak mengira masa.

Malah, Akademi2u juga telah diambil sebagai rujukan untuk Buku Teks Pendidikan Seni dan Visual Tingkatan Dua. Untuk itu, bermula daripada tahun 2017, kami telah mengadakan lebih banyak tutorial secara percuma untuk anda mempelajarinya. Topik tutorial percuma ini dimasukkan ke dalam platform Akademi2u dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan idea para pelajar kami.

Justeru, anda tidak sahaja boleh mempelajari pelbagai seni kerajinan tangan bersama kami, bahkan anda juga mampu melontarkan idea tajuk yang ingin anda ketahui.

Khidmat Kursus Jahit Manik.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis kursus jahit manik yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kemahuan anda. Kami menyediakan pelbagai modul kursus jahit manik bermula dari kurikulum manik untuk pemula, kurikulum manik pertengahan, kurikulum manik advance, kurikulum manik crumble serta kurikulum manik 3D. Kesemuanya boleh anda lihat di halaman topik tutorial jahitan sulaman kraf kami.

Kesemua kurikulum kursus jahit manik telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran setiap peserta bermula dari tahap kemahiran pemula hingga ke tahap kemahiran penyulam berpengalaman. Adapun, kami telah menyediakan ruangan Forum di dalam platform pada awal tahun 2018 ini untuk pelajar memulakan perbincangan berkaitan dengan tajuk yang sedang diikuti. Pengajar anda sedia membantu dan memberikan jawapan untuk setiap kemusykilan anda.

Kami sentiasa komited dalam membina perhubungan yang professional dengan peserta kami meskipun selepas selesai mengikuti kursus jahit manik dengan kami. Ini amat bertepatan dengan matlamat kami iaitu pembelajaran sepanjang zaman yang membolehkan kami membantu peserta kami untuk lebih sukses dalam dunia kerajinan tangan ini.

Tidak kira, biarpun anda berhasrat mengikuti kursus jahit manik hanya sebagai hobi atau untuk menimba ilmu baru, Akademi2u adalah sumber yang terbaik. Ini kerana anda boleh mempelajari jahitan manik biarpun tanpa menghadiri kursus jahit manik secara fizikal. Hanya dengan menggunakan talian internet sahaja, anda sudah boleh mempelajarinya walau di mana jua tempat tinggal anda.

Namun, jika anda ingin mengikuti kursus jahit manik secara fizikal, dan jarak lokasi atau masa bukanlah satu kekangan kepada anda, maka anda boleh terus melayari laman web Akademi Sulaman Sri Classic. Di sana, terdapat pelbagai kursus jahit manik yang boleh diikuti secara fizikal. Akademi Sulaman Sri Classic menyediakan kursus jahit manik secara private coaching tanpa ada pelajar lain. Maksudnya, anda akan belajar secara peribadi bersama tenaga pengajar Sri Classic secara persendirian. Sesi kursus jahit manik secara berkumpulan turut disediakan atas jemputan penganjur sahaja.

Jikalau jarak lokasi atau waktu merupakan satu bebanan anda untuk mempelajari seni kemahiran ini, maka pembelajaran secara atas talian di Akademi2u adalah pilihan yang paling sesuai. Anda berupaya mengikuti apa jua topik seni kerajinan tangan yang disediakan di sini secara atas talian walau di mana jua lokasi anda.

Tenaga Pengajar Kursus Jahit Manik Berpengalaman

Tenaga pengajar Akademi2u merupakan guru berpengalaman dalam industri ini bagi memastikan setiap modul yang dibangunkan adalah berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Kami yakin, pengalaman adalah guru yang terbaik. Apatah lagi jika ia merupakan pengalaman yang ditimba dalam sesuatu industri seperti industri kerajinan tangan ini. Inilah pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Rentetan daripada itu terdapat segmen rahsia dan tip yang dihimpunkan dalam setiap modul untuk menolong memberikan pengetahuan yang lebih jelas kepada peserta. Segmen rahsia dan tip ini diketengahkan supaya peserta tidak melakukan kesilapan dan kesalahan yang bakal dilakukan semasa mempraktikkan teknik yang sedang diikutinya.

Malah kesemua modul pembelajaran telah diatur dengan step yang mudah difahami bagi memastikan setiap peserta memahaminya secara menyeluruh. Kesemua ini adalah hasil daripada pengalaman tenaga pengajar bertahun-tahun lamanya dalam industri kerajinan tangan ini. Pihak Akademi2u tidak begitu rigid dengan teori pembelajaran. Akan tetapi, kami terapkan konsep praktikal dalam kesemua sesi pembelajaran kami di Akademi2u ini.

Apa Kata Pelajar Kami

show-testimonials alias=’Widget Testimoni’

Bahan Mengajar Berkualiti.

Untuk memastikan kualiti pembelajaran terjaga, kesemua modul telah dipersembahkan dalam bentuk video streaming. Ia dirakam dan disunting secara professional dengan paparan video yang jelas dan berkualiti. Kesemua segmen video telah dipecahkan berpandukan pecahan modul bagi memudahkan peserta menerima kesemua input modul dengan lebih berkesan.

Kesemua video telah dirakam dengan audio yang jelas secara professional. Adapun, paparan video yang cantik akan menjadi hambar jika audio yang dimuatkan di dalam video adalah tidak jelas. Jadi, dalam memastikan bahan mengajar kami di jamin kualitinya, video dan audio setiap sesi pembelajaran telah dirakam dan disunting secara professional oleh team production kami.

Bahan sisipan pembelajaran untuk dimuat turun juga diberikan dalam bentuk ebook atau pdf. Setiap pelajar boleh memuat turun bahan-bahan tersebut untuk tujuan rujukan di kemudian hari.

Gamification.

Akademi2u turut membangunkan sistem gamification di dalam platform ini semenjak pertengahan tahun 2018. Gamification bermaksud proses mengambil sesuatu yang sudah ada – laman web, aplikasi perusahaan, komuniti dalam talian – dan mengintegrasikan mekanik permainan ke dalamnya untuk memotivasi penyertaan, pembabitan aktif, dan kesetiaan. Di mana setiap aktiviti peserta di dalam platform akan diberikan mata ganjaran.

Point ini dapat dikumpul dari semasa ke semasa. Di mana, kami telah berikan produk bonus yang hanya boleh dimiliki secara percuma menggunakan point terkumpul anda. Produk bonus ini tidak akan dikeluarkan di dalam mana-mana tajuk tutorial kami selepas atau sebelum ini.

Untuk itu, untuk memiliki produk bonus ini, anda perlu mengumpul seberapa banyak mata ganjaran yang boleh dengan sentiasa aktif, berbincang, menyempurnakan tutorial, memberikan cadangan topik baharu dan sebagainya.

Lagi banyak anda aktif di dalam platform, makin banyak mata ganjaran yang bakal dikumpul.

Sijil Tamat Disediakan.

Sesungguhnya kursus jahit manik tidak akan sempurna tanpa memberikan sijil tamat kepada para peserta. Untuk pengetahuan anda sijil tamat akan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul yang dimuatkan di dalam kursus jahit manik yang anda ikuti.

Sijil-sijil ini boleh dimuat turun dan dihebahkan di dalam media sosial anda untuk memaparkan tahap pencapaian anda dalam topik yang telah dipelajari. Malahan, dengan sijil ini, anda boleh menjadikannya sebagai sijil tambahan untuk portfolio anda. Pastinya anda mampu menambah nilai kemahiran anda biarpun anda mempelajarinya untuk sekadar hobi ataupun untuk menjana pendapatan anda.

Kami menyediakan servis kursus jahit manik yang terbaik untuk anda mempelajari dan menguasai seni halus ini tidak kira di mana jua anda berada. Terima kasih kerana meluangkan waktu dan masa untuk mengetahui tentang Akademi2u. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda.

WhatsApp kami di 013-9854461 untuk pertanyaan selanjutnya.

Akademi2u

Kursus Online Sulaman dan Jahitan Akademi2u

Bandar dan Area Kursus Jahit Manik di Kedah:

Sungai Petani
Alor Setar
Kulim
Jitra
Baling
Pendang
Langkawi
Yan
Sik
Kuala Nerang
Pokok Sena