Blog
Seni Sulaman Benang – Fesyen Busana Pengantin Terkini
- 3 April, 2015
- Posted by: Akademi2u
- Category: Cara Menjahit Sulaman Benang

Seni sulaman benang halus tangan adalah satu hasil kerajinan tangan yang sangat unik. Ia direka mengikut inspirasi ataupun mengikut kreativiti seseorang pereka sulam. Dalam menghasilkan seni sulaman benang halus tangan ini, ia memerlukan daya imaginasi kreatif yang tersendiri yang diterjemahkan kepada bentuk kepakaran mengikut kemahiran dan pengalaman masing-masing.
Rekaan Busana Pengantin Dengan Corak Seni Sulaman Benang.
Saya amat tertarik dengan rekaan busana pengantin yang dihiasi dengan corak seni sulaman benang halus tangan pada zaman ini. Sungguh menarik sekali. Ia memberi ilham kepada saya dalam menghiasi rekaan seni sulaman benang halus tangan dengan lebih kreatif untuk bakal mempelai yang mengunjungi premis butik saya tempohari.
Rekaan Seni Sulaman Benang Menyerlahkan Seri Pengantin.
Apatah lagi jika hasil sulaman ini dibuat menghiasi busana dress pengantin pada majlis resepsi para mempelai. Busana ini perlu dihasilkan supaya ia menyerlahkan seri pengantin pada waktu itu walaupun menggunakan corak atau design yang minamalis. Ini kerana dalam majlis perkahwinan, pengantin merupakan orang yang paling penting untuk dilihat. Jika sekiranya pengantin tidak menyerlah pada waktu itu, maka tiadalah seri pada majlis tersebut. Kerana itulah, ramai bakal-bakal pengantin pada hari ini lebih menumpukan kepada pakaian yang menarik tetapi lebih bersifat minimalis.
Selain itu juga, hiasan perincian busana pengatin ini perlu dibuat berdasarkan citarasa pengantin. Kini, corak minimalis sangat diminati berbanding dengan corak yang sarat dengan perhiasan pada busana yang dikenakan. Atau corak yang penuh dengan lace sehingga menjadikan busana pengantin kurang bermaya.
Indahnya Hasil Seni Sulaman Benang Halus Tangan.
Paling cantik, jika ia dihiasi dengan seni sulaman benang halus tangan. Bukan setakat bunga yang bersaiz kecil digabungkan antara satu sama lain, tetapi ia boleh ditambahkan dengan bunga-bungaan yang timbul seperti bunga quilting. Di mana bunga quilting ini timbul di atas fabrik dan tampak lebih 3D kerana ia boleh digerak-gerakkan. Walupun ia tidak berkilat tetapi jika ia menghiasi busana pengantin, pastinya akan menyerlahkan lagi penampilan ratu sehari pada hari bersejarah mereka.
Hasil Seni Sulaman Benang Pada Gaun Pengantin.
Aksesori yang dihasilkan daripada seni sulaman benang halus tangan ini kini amat sesuai jika dihasilkan pada gaun ratu sehari. Jika ia dihasilkan secara beralun dari bahu ke dada, atau dihasilkan mengelilingi pinggang, atau juga dihasilkan penuh mengelilingi labuh baju dan tangan secara menaik, pastinya ia dapat memberikan hasil rekaan yang cantik dan lain daripada lain. Malah, jika ditambah dengan bunga riben kecil seperti riben hazelnut rose, ia dapat memberikan nafas baru dalam design busana pengantin tadi.
Jadi, jika anda adalah bakal ratu sehari, apa kata anda cuba rekaan busana pengantin yang lebih minimalis dengan tambahan aksesori seni sulaman benang halus tangan padanya. Anda pasti akan kelihatan lebih anggun jika mengenakan dress yang berwarna putih yang disulam dengan corak sulaman benang ini.
Author:Akademi2u
Tinggalkan Balasan Batal balasan
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.