Bagaimana Potongan Baju Yang Sesuai Supaya Kelihatan Langsing

Potongan baju yang sesuai supaya kelihatan langsing merupakan topik yang bakal dibincangkan pada kali ini. Memang semua wanita ingin tampil dengan gaya yang langsing. Walaupun memiliki tubuh yang kurang ideal, tetapi keinginan untuk kelihatan langsing ini turut menjadi idaman di hati. Bukan setakat mereka yang gempal sukar untuk mencari busana ready made, malah mereka yang tergolong di kalangan individu yang berbentuk badan seperti buah pear juga turut mengalami nasib dan situasi yang sama – iaitu sukar untuk mencari busana yang cantik apabila dipadankan pada tubuh.

Menjahit Potongan Baju Yang Sesuai Untuk Dress Akad Nikah.

 

Saya pernah dikunjungi oleh seorang pelanggan suatu tika dahulu. Dan saya mengalami situasi seperti di atas iaitu sukar untuk menjahit potongan baju pakaian pelanggan apabila pelanggan tersebut tidak mempunyai bentuk badan yang ideal. Seingat saya, pernah datang seorang pelanggan yang comel pada perkiraan saya. Manakan tidak comel, ketinggiannya hanya 148cm dan memakai kasut yang bersaiz 4. Comel orangnya bukan? Beliau merupakan bakal pengantin sewaktu berjumpa dengan saya suatu tika dahulu. Justeru, beliau meminta saya untuk menjahit baju akad nikahnya.

 

Menjahit Dress Payung dan Dress Princess Cut Mengikut Bentuk Badan Pelanggan.

 

Menggunting Dress Mengikut Potongan BajuDengan bentuk badan seperti bentuk buah pear, saya perlu berhati-hati agar beliau tidak diketawakan sewaktu majlis akad nikahnya. Hajatnya ingin memakai baju dress tetapi tidak menampakkan beliau kelihatan begitu gemuk. Justeru bagi merealisasikan hasrat bakal pengantin tersebut, dan juga setelah dipersetujui olehnya, saya menghasilkan dress payung di bahagian bawahnya dan dress princess cut di bahagian atasnya.

 

Ini kerana jika saya terus menghasilkan bentuk princess cut keseluruhannya, pelanggan tersebut akan nampak gempal. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian beliau yang agak rendah dan mempunyai punggung serta peha yang lebar.

 

Setelah berbincang dengan beberapa orang kenalan saya dalam bidang fesyen, akhirnya di bahagian bawah saya hasilkan mengikut potongan payung. Walaupun di bahagian atasnya terpaksa di belah, ia tetap dihasilkan supaya beliau tidak nampak gempal. Jika saya tetap menghasilkan busana untuknya, pastinya dia tidak akan ceria pada majlis perkahwinannya nanti.

 

Mengapa Dress Tersebut Perlu Dipotong Secara Tirus?

 

Menjahit Dress Mengikut Potongan BadanPersoalannya, mengapa perlu dipotong secara tirus? Ia perlu dipotong secar tirus supaya dress yang terhasil akan jatuh ke bawah secara cantik. Dan dress tersebut akan menutup lengkuk pinggul serta peha beliau yang lebar. Sebab itulah potongan payung dibuat tirus supaya hasilnya tetap kembang seperti princess cut tetapi tidak menampakkan bentuk tubuh si pemakai kelihatan lebih rendah lagi.

 

Bahagian dalam dan luar dress tersebut, saya hasilkan secara berasingan dengan 2 alasan yang kukuh iaitu pertamanya, pelanggan saya boleh memadankan dress tersebut dengan blaus ataupun busana yang lain dengan mudah. Ia akan nampak lebih kasual. Setalah dipakai, saya lihat, bajunya amat padan dengan susuk tubuhnya yang berbentuk pear tersebut. Malah saya dapati pelanggan tersebut nampak lebih langsing dan tinggi. Itulah hasilnya walaupun pada awalnya agak sukar untuk memberikan kata putus potongan baju yang sesuai kepada beliau. Dan syukur kepada tuhan kerana dress tersebut dapat dihasilkan mengikut kehendak beliau. Ini kerana dalam setiap tempahan, sebagai seorang pereka fesyen anda perlu memastikan bahawa kepuasan pelanggan perlu diutamakan terlebih dahulu.

 

Bagaimanakah Potongan Baju Yang Sesuai Jika Individu Mempunyai Bentuk Tubuh Yang Kurus?

 

Itu perihal berkaitan dengan individu yang mempunyai bentuk tubuh seperti pear. Lain pula halnya jika individu tersebut tidak mempunyai bentuk badan kerana terlalu kurus. Bagaimana cara potongan baju yang sesuai? Jadi, busana yang dihasilkan perlulah mempunyai garisan melintang supaya pandangan mata yang melihat akan menampakkan individu tersebut tidak terlalu kurus melidi.

 

Jika mereka yang kurus begini, saya selalu sarankan kepada mereka supaya menempah potongan baju busana kurung Malaysia, atau busana kurung Riau supaya beliau tidak nampak terlalu kurus. Ini kerana, struktur kedua-dua busana yang disebutkan di atas akan menampakkan kembang di bahagian bawah baju.

 

Bagaimana Dengan Potongan Kainnya?

 

Menjahit Kain Dress Mengikut Potongan BadanYa, bagaimana pula dengan potongan kainnya? Untuk menampakkan individu tersebut langsing, potongan duyung, kipas dan belahan depan akan menampakkan seseorang itu lebih langsing. Jadi, fikir-fikirkanlah busana yang sesuai dengan potongan bentuk badan pelanggan anda.

 

Oh ya, awas bagi merka yang rendah dan comel. Jangan sesekali menghasilkan busana melebihi bawah lutut anda. Ia akan menampakkan anda lebih rendah. Jangan diikutkan sangat trend seperti 80-an dahulu, di mana baju tradisional akan dihasilkan labuh sehingga sejengkal jaraknya dari buku lali. Jika anda individu yang rendah, potongan sebegini akan menampakkan anda lebih rendah lagi.

 

Justeru, tepuk dada tanyalah minda anda. Pilihlah potongan baju yang sesuai dengan bentuk tubuh badan anda berbanding dengan trend fesyen semasa dan terkini. Asalkan anda kelihtan cantik dan tidak ditertawakan oleh orang lain apabila anda menyarong busana tersebut dek potongan baju yang tidak sesuai dengan bentuk tubuh badan anda.

Akademi2u
administrator
Akademi2u merupakan sebuah laman web yang mengajar anda bagaimana untuk menjahit dan menyulam sendiri biarpun anda tiada asas jahitan. Kami mengajar anda tanpa perlu menghadiri bengkel sebenar.

Tinggalkan Balasan