Blog
Petua Menyulam Menggunakan Mesin Sulam Industri
- 30 September, 2015
- Posted by: Akademi2u
- Category: Mengenal Teknik Sulaman Mesin

Petua menyulam teknik sulaman kerawang ini sebenarnya bergantung pada cara bukaan zig-zag dan juga cara layangan ataupun cara cincangan satu-satu pergerakan garis lurus. Bukaan zig-zag pula menyebabkan satu-satu sulam bunga ataupun satu-satu corak itu nampak lebih timbul. Manakala teknik layangan ataupun cincang, kedua-duanya menamppakan sulam tersebut lebih kemas.
Cara Bukaan Zig Zag Untuk Petua Menyulam Kerawang.
Bukaan zig-zag boleh dilakukan dengan menolak pedal peha ke kanan. Manakala untuk mengecilkan lebaran zig-zag, pedal peha perlulah ditutupkan semula ke arah sebelah kiri. Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan sulaman kerawang ini tetapi sudah memiliki mesin sulam industri seperti mesin juki dan sebagainya, anda perlu perhatikan motor mesin sulam tersebut terlebih dahulu. Jika ia terlampau laju, anda boleh tukarkan motor tersebut kepada motor yang lebih perlahan. Ini kerana, anda boleh mengawal pergerakan ayak sulaman kerawang yang bakal anda hasilkan nanti.
Petua Menyulam Untuk Motor Mesin Sulam Industri.
Bagaimana jika anda tidak menukarkan motor mesin sulam tersebut? Pergerakan mesin sulam tersebut akan laju dan akibatnya jika anda tidak mampu mengawalnya, benang mesin sulam akan menjadi mudah putus. Hal ini akan menganggu konsentrasi anda semasa menyulam. Akibatnya hasil sulaman kerawang anda tidak akan menjadi cantik.
Jadi, terpulanglah kepada anda bagaimana cara untuk anda mengawal mesin sulam tersebut agar ia dapat digunakan dengan sempurna tanpa menghadapi sebarang masalah. Walau bagaimanapun, jika anda sentiasa melakukan praktis menggunakan mesin sulam yang laju, maka lambat laun anda akan boleh mengawalnya juga. Yang penting anda perlu sentiasa menggunakannnya.
Dalam menyulam ini, pengawalan mesin adalah benda yang paling penting. Jika pengawalan mesin tersebut gagal dilakukan, bermakna anda juga gagal untuk menghasilkan sulaman menggunakan mesin industri manual ini.
Petua Menyulam Untuk Menyambung Pakaian.
Ada juga yang bertanya bagaimana untuk menyambung sesuatu pakaian dengan menyulam? Jawapannya mudah sahaja. Anda boleh menggunakan kaedah sulam tampal ataupun menggunakan kaedah teknik sambungan pada fabrik funji. Ini kerana ada sesetengah pelanggan mendapati bahawa terdapat kecacatan pada pakaian mereka seperti di bahagian tangan ataupun bahagian labuh baju. Jadi, kecacatan ini boleh ditutup dengan menghasilkan sulaman tampal padanya.
Petua Menyulam Sulam Tampal Pada Fabrik Lace.
Sulaman tampal ini mudah untuk dihasilkan pada fabrik lace. Sama ada anda ingin membeli fabrik lace yang telah siap bersulam ataupun yang dijual secara bermeter, kedua-duanya boleh digunakan. Caranya ialah anda tampal menggunakan jelujur kasar pada hujung fabrik yang ingin disambung tadi. Dengan ini, barulah ia akan melekat pada fabrik tersebut.
Kemudian, barulah di bahagian penyambungan itu, dihasilkan bukaan zig-zag. Bukaan zig-zag yang bersaiz sederhana ataupun kecil tidak menjadi masalah asalakan ia menutupi tempat penyambungan kedua-dua fabrik. Dengan cara ini, hasilnya labuh baju atau lengan tadi akan menjadi penjang sedikit mengikut ketebalan lace tersebut.
Author:Akademi2u
Tinggalkan Balasan Batal balasan
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.