Penggunaan Velcro – Bagaimana Menjahit Velcro

Velcro selalunya digunakan dalam dekorasi dalaman rumah. Penggunaan Velcro ini adalah seperti pembuatan slip sofa mahupun langsir. Penggunaan Velcro ini sangat baik.

 

Ini kerana ia sama sekali tidak merosakkan fabrik ataupun alat-alat yang dilekatkan padanya. Maksudanya, sekiranya Velcro ini dilekatkan pada tepi meja, kerusi, dinidng ataupun tingkap, maka ia tidak akan merosakkan objek-objek tersebut. Di mana objek-objek tadi boleh rosak sekiranya anda menggunakan paku ataupun menebuknya dengan mesin penebuk atau driller. Penulis sendiri gemar menggunakan velcro untuk langsir roman blind yang dihasilkan.

 

Apa Itu Velcro?

Namun, mungkin anda di luar sana tertanya-tanya, apakah itu Velcro? Pertanyaan ini juga pernah bermain difikiran penulis suatu ketika dahulu. Ini kerana perkataan Velcro tidak penulis gunakan. Sebaliknya penulis sering mendengar dan menggunakan perkataan seperti zip zap atau zap on. Sebab ia seperti zip zap kasut budak sekolah. Sebenarnya, itulah Velcro.

 

Penggunaan Velcro Untuk Hasil Yang Kemas.

 

Imej Penggunaan Velcro dan Cara Menjahit VelcroPenggunaan Velcro ini sangat mudah kerana ia kemas dan terletak. Malah Velcro ini boleh didapati dalam bentuk meter ataupun dalam bentuk gulungan jika ingin menggunakannya dalam kuantiti yang banyak. Lagipun, ia dijual mengikut kiraan inci, kaki ataupun dalam gulungan Velcro itu sendiri. Selain daripada itu, Velcro ini biasanya didatangkan dengan 2 warna iaitu warna putih dan warna hitam. Warna-warna lain belum pernah penulis temui semenjak berkecimpung dalam bidang jahitan ini.

 

Adakah Penggunaan Velcro Hanya Untuk Untuk Langsir dan Sofa?.

 

Adakah Velcro ini hanya boleh digunakan pada dekorasi dalaman sahaja? Tidak sama sekali. Ia boleh digunakan juga pada fabrik. Contohnya, Velcro ini digunakan pada pakaian anak patung dan juga sarung bantal hiasan. Ini kerana ia akan keihatan seperti digam menggunakan cello tape 2 lapis. Dalam erti kata lain, penggunaan Velcro ini menyeluruh untuk segenap kehendak dan kreativiti anda.

 

Bagaimana Cara Menjahit Velcro.

 

Bagaimana untuk menjahitnya? Umumnya, ia hanya dijahit pada bahagian seperti span. Manakala bahagian yang mempunyai gigi pula, boleh digunakan menggunakan gam kuat untuk digamkan pada kayu ataupun dinding.

 

Caranya menjahitnya amat mudah sekali. Anda hanya perlu menjahitnya menggunakan mesin pada keliling Velcro tersebut. Tetapi awas! Janganlah pula anda menjahitnya sehingga terkena pada gigi ataupun span Velcro. Jika terkena pada gigi ataupun span Velcro ini, maka di bahagian tersebut tidak akan berfungsi dengan baik.

 

[responsive_youtube L2kvHL-gOrk norel]
 

Ya! Itulah penggunaan Velcro yang boleh digunakan sebagai pengganti butang ataupun cangkuk untuk hiasan langsir dan dekorasi dalaman anda.

Akademi2u
administrator
Akademi2u merupakan sebuah gedung pembelajaran atas talian atau online yang memuatkan kemahiran jahitan, sulaman dan kraf kreatif.

Tinggalkan Balasan