Panduan Memilih Meter Kain Mengikut Fesyen Baju.

Terdapat pelbagai cara gaya pemotongan busana ataupun dekorasi dalaman rumah. Ia boleh dihasilkan mengikut keperluan dan juga mengikut saiz kain yang dibeli. Ini kerana amat sukar untuk menghasilkan satu-satu busana sekiranya ia tidak cukup besar.

 

Sebagai contohnya, jika mereka yang berbadan gempal membeli fabrik yang siap dipotong. Ini kerana fabrik yang siap dipotong ini, kadangkala mengundang meter kain yang tidak mencukupi.

 

Panduan Memilih Meter Kain : 4 Meter atau 4 Ela Kain?.

 

Cara Mengukur Fabrik4 Meter atau 4 Ela kain merupakan 2 ukuran yang berbeza. Nampak sama tetapi berbeza. Hal ini selalu timbul jika anda tidak berhati-hati ketika membeli kain yang siap dipotong. Apa yang dirisaukan ialah fabrik tersebut tidak cukup 4 meter. Sebaliknya ia hanya 4 ela ataupun lebih kurang 3.6 meter sahaja. Maksudnya ½ meter kain yang anda beli tidak mencukupi. Sedangkan dengan ½ meter tersebut, anda boleh menghasilkan bahagian tangan baju. Justeru, penulis berharap agar anda meneruskan pembacaan untuk mengetahui panduan memilih meter kain ini.

 

Oleh kerana itulah, adalah dinasihatkan kepada anda supaya lebih berhati-hati ketika membeli kain atau fabrik yang telah siap dipotong ini. Agar anda tidak terbeli 4 ela kain. Ini kerana sekiranya anda membeli 4 ela kain, pastinya pereka ataupun penjahit akan menampal dengan fabrik lain supaya hasil busana yang anda kehendaki tetap menjadi dan sama. Di sinilah masanya di mana kepakaran pereka atau penjahit dikur bagi menghasilkan busana yang anda ingini.

 

Panduan Memilih Meter Kain : Bolehkah Anda Hanya Membeli 4 Ela Untuk Kain Ira 60?.

 

Memilih Fabrik SesuaiBegitu juga dengan fabrik yang mempunyai ira lebih daripada 45 inci. Sebagai contohnya, ira atau bidang kain 56, 60 dan 120 inci. Sebenarnya, ramai yang berpendapat, jika bidangnya besar, maka ia boleh kurangkan penggunaan meter kain. Contohnya jika sebelum ini anda membeli kain untuk baju kurung menggunakan bidang 45 sebanyak 4 meter.

 

Sepatutnya jika anda menggunakan bidang 60 sekalipun, maka anda tetap perlu membeli sebanyak 4 meter juga. Bukannya 3 ½ meter. Ini kerana, jika anda membeli sebanyak 3 ½ meter sahaja, ia turut akan menyukarkan pereka atau penjahit untuk menjahitnya. Jadi panduan memilih meter kain ini perlu diambil kira dan sentiasa diberi perhatian.

 

Panduan Memilih Meter Kain : Penggunaan Kain Ira 60 Lebih Sesuai Untuk Dress atau Jubah.

 

Namun, sekrianya anda ingin hasilkan dress ataupun jubah, maka ia tidak menjadi masalah. Maksudnya walaupun anda membeli 3 ½ meter untuk fabrik bidang 60 ini. Ini kerana bidang 60 sesuai digunakan untuk dress ataupun jubah berbanding dengan bidang 45. Jika anda membeli untuk menghasilkan baju kurung, maka ira 45 adalah menjadi pilihan anda.

 

Panduan Memilih Meter Kain : Minta Pendapat Pereka Atau Penjahit Anda Sebelum Membeli Fabrik Anda.

 

Sebab itulah sekiranya anda tidak tahu untuk membeli berapa meter kain untuk busana anda, eloklah ditanya terlebih dahulu kepada pereka ataupun penjahit anda. Anda boleh tunjukkan lakaran baju ataupun design busana yang anda kehendaki kepada mereka. Dan mereka dapat memberikan panduan kepada anda untuk membeli fabrik anda nanti. Jika tidak, pastinya anda akan salah memilih kain dan sedikit sebanyak ia akan berlaku pembaziran.
Justeru, tepuk dada dan tanyalah selera anda! Yang paling penting anda perlu bijak memilih. Semoga panduan memilih meter kain ini dijadikan pedoman untuk diri anda pada masa-masa akan datang.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan