Mesin Jahit – Bagaimana Memilih Mesin Terbaik?

Mesin jahit sangat penting bagi mereka yang memilih bidang jahitan sebagai kerjaya. Namun, tahukah anda bahawa pemilihan mesin yang baik ini sangat mempengaruhi kerja anda terutamanya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia jahitan. Sebelum itu, tahukah anda bahawa sekiranya pembelian mesin jahit ini diambil mudah, anda pasti akan mengalami kerugian yang besar kerana terpaksa menanggung liabiliti pembelian mesin jahit tersebut. Ia sangat membazir.

 

Pembelian Mesin Jahitan Berdasarkan Matlamat Kegunaan Anda.

Mesin Jahit Separa AutomatikSebenarnya pemilihan mesin jahit ini adalah berdasarkan apa kegunaannya kepada kita. Sebagai contohnya mesin jahit dibeli untuk tujuan yang ringkas sahaja seperti kain koyak, jahit lencana sekolah anak setahun sekali atau jahit kaki seluar yang panjang. Jika mesin jahit ini dibeli dengan tujuan di atas, sebenarnya ia sangat membazir kerana ketiga-tiga perkara di atas amat kemas dilakukan dengan menggunakan tangan sahaja. Malah kos benang dan jarum pula sangat murah iaitu hanya RM2 sahaja. Adapun jika anda ingin mendalami seni jahitan ini, maka ia tidak menjadi masalah untuk anda membelinya.

 

Apakah Tujuan Anda Setelah Membeli Mesin Jahit?

 

Membeli mesin seperti yang saya nyatakan tadi mempunyai tujuannya yang tersendiri. Sekiranya anda seorang penggemar seni jahitan, saya rasa anda seorang yang sangat sabar. Ini kerana jahitan merupakan satu seni yang memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya seni sulaman kerawang. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mereka memilih mesin jahit yang tepat dan tidak merugikan mereka.

 

Jawapan yang saya berikan kepada mereka adalah mudah iaitu apa tujuan utama anda setelah memiliki mesin tersebut. Ada yang menjelaskan tujuannya untuk membeli mesin jahita adalah kerana ingin mula belajar menjahit, mula belajar menyulam, atau baru berjinak-jinak dengan seni jahitan dan sebagainya.

Sudahkah Anda Memiliki Mesin Jahitan?

 

Mesin Jahit AutomatikSaya selalu bertanya adakah mereka sudah memiliki mesin jahitan? Rata-rata jawapan yang saya terima mereka sudah memiliki mesin jahit kerana tertarik dengan pakej yang ditawarkan iaitu beli mesin dapat belajar free. Sedangkan mereka tidak tahu ada charge yang tersembunyi di sebalik pakej yang ditawarkan.

 

Paling nyatanya, setiap bahan yang ingin dipelajari tidak boleh dibeli sendiri tetapi sebaliknya perlulah dibeli di tempat membeli mesin itu shaja. Selain itu juga, pakej belajar mempunyai masa yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syarikat menjual mesin tersebut. Jika tidak pastinya kos belajar juga perlulah ditanggung oleh pembeli. Hal-hal ini tidak dinyatakan dengan jelas sewaktu pembelian mesin.

 

Sebab itulah sekiranya mereka datang bertanya untuk mempelajari sulaman mahupun jahitan, saya akan bertanya adakah sudah memiliki mesin jahit. Bagi yang sudah memiliki mesin jahit, saya akan bertanya juga apakah mesin yang mereka beli tersebut adalah jenis mesin jahit domestik, mesin jahit separa computer, mesin jahit berkomputer, mesin jahit lurus industri atau mesin sulam industri. Semua jenis mesin ini amat berbeza kegunaannya.

 

Memilih Mesin Jahit Yang Sesuai Berdasarkan Level Anda Dalam Bidang Seni Jahitan.

 

Sekiranya mereka tidak mempunyai mesin jahit, saya biasanya akan menyarankan kepada mereka untuk membeli mesin yang tahan lasak, dan alat gantinya boleh dibeli di mana-mana tempat bukannya hanya terdapat di supplier yang tertentu sahaja. Kadang-kadang mesin yang tidak berjenama pun mempunyai kualiti yang bagus. Mesin yang begini perlu dimiliki.

 

Bagi mereka yang mula berjinak-jinak, saya sarankan agar janganlah terus membeli mesin jahit industri. Sebaliknya, belilah jenis mesin mudah alih. Ini kerana mesin ini boleh digunakan untuk menghasilkan lubang butang nanti. Hal ini kerana mesin industri hanya mempunyai satu-satu kegunaan sahaja, sama ada untuk jahitan sahaja atau sulaman sahaja. Sedangkan mesin mudah alih mempunyai banyak kegunaannya. Ya janganlah tersalah untuk  memilih mesin jahit yang terbaik.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan