Blog
Menjahit Sulaman Benang Baju Kanak-Kanak
- 5 April, 2015
- Posted by: Akademi2u
- Category: Cara Menjahit Sulaman Benang

Sulaman benang amat cantik. Dengan saiznya yang kecil amat sesuai jika disulam pada baju kanak-kanak. Di luar negara terutamanya di Eropah, sulaman benang ini sangat terkenal dan ia adalah sebahagian corak smoking iaitu satu teknik jahitan yang amat popular di sana. Mereka amat menghargai sulaman tangan ini kerana mempunyai nilai komesial dan sentimentalnya yang tersendiri.
Memerlukan Kemahiran Tinggi Dalam Menjahit Sulaman Benang
Malah, hasil tangan ini dibayar dengan harga yang tinggi kerana masyarakat sana amat menghargai nilai seni. Bagi mereka, sulaman tangan ini tidak boleh dihasilkan tanpa adanya kemahiran yang tinggi dalam bidang sulaman tangan. Masa yang diambil bukannya singkat sepertimana yang dihasilkan oleh komputer. Tetapi ia sangat lama bergantung kepada hasil sulaman tangan itu sendiri.
Namun, ia berbeza dengan masyarakat kita yang kebanyakannya tidak dapat menilai harga sesuatu kerja-kerja seni apatah lagi jika terdapat pembanjiran hasil sulam tangan daripada negara jiran seperti indonesia, vietnam, thailand dan china. Walaupun begitu, ada juga masyarakat negara ini yang sanggup membayar nilai seni ini dengan harga yang setimpal.
Bunga Ros Kecil Menjadi Pilihan Dalam Menjahit Sulaman Benang Baju Kanak-Kanak
Paling diminati adalah bunga-bunga rose yang kecil. Ia amat cantik jika dihasilkan pada mana-mana fabrik samada baju kanak-kanak, baju kurung, tudung dan selendang semuanya cantik dengan rose kecil ini. Sebab itulah ia menjadi pilihan ramai.
Bunga rose kecil ini mempunyai sifatnya yang tersendiri, iaitu mempunyai 5-6 kelopak sahaja. Memang sukar untuk menghasilkan kelopak yang terhad jika tangan sudah biasa dengan bilangan kelopak yang banyak. Ini kerana kelopak rose ini perlulah disusun secara membulat. Jika tidak hasilnya tidak akan cantik. Walaupun begitu ia sangat cantik apabila digayakan oleh kanak-kanak yang kecil.
Author:Akademi2u
Tinggalkan Balasan Batal balasan
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.