Kelas online jahitan dan sulaman Akademi2u boleh disertai oleh sesiapa sahaja biarpun anda tiada asas menjahit atau menyulam sebelum ini.
Kesemua sesi pembelajaran di dalam kelas online jahitan dan sulaman ini akan dipaparkan dalam bentuk video untuk memudahkan anda memahami setiap langkah yang ditunjukkan.
Bagi memastikan anda memahami dan sekaligus menguasai setiap kemahiran yang diajar, segmen rahsia kekemasan jahitan akan diberikan kepada anda.
Sebagai peserta kelas online jahitan ini, anda berpeluang berbincang bersama guru anda serta menghantar hasil kerja anda untuk dinilai dan diperbetulkan oleh guru anda.
Sijil tamat kursus akan diberikan setelah tamat kesemua modul yang disediakan di dalam Kelas Jahitan Online Akademi2u. Gunakan sijil tersebut untuk hebahan kemahiran yang anda miliki.
