Kain Duyung – 2 Cara Potongan

Melihat kain duyung yang dijahit, ia sangat cantik dipakai kerana menyamai potongan dress A Cut. Ini kerana bagi mereka yang memakai kain potongan A ataupun duyung ini, akan menampakkan diri anda lebih kelihatan kurus.

 

Memotong Kain Duyung Mengikut Ira Kain.

 

Kain duyung ini boleh dipotong dalam pelbagai cara potongan. Pertamanya ia boleh dipotong mengikut ira kain yang dibeli. Sama ada kain dari ira 45 inci ataupun 60 inci. Sekiranya ia menggunakan kain ira 60, maka ia tidak menjadi masalah kerana kain tersebut boleh digunting secara serong. Dan kembangnya pula akan lebih jatuh kerana bidang kain ira 60 inci ini adalah besar. Akan tetapi, sekiranya menggunakan kain dari bidang yang kecil seperti ira 45, maka ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar hasilnya juga menyamai hasil kain duyung ira 60 tadi.

 

Memotong Kain Duyung Mengikut Corak Kain.

 

Memotong Kain Fabrik DuyungKeduanya adalah mengikut corak kain tersebut. Dalam menggunting kainnya pula, anda perlu menekankan pada corak kain tersebut. Sekiranya anda mendapat kain polos (kain tanpa bunga atau plain), maka ia tidak menjadi masalah. Kain yang biasanya menjadi masalah kepada penjahit adalah kain yang berkaki coraknya ataupun kain yang mempunyai corak berjalur. Bagi kain yang berkaki, biasanya akan diambil corak kakinya untuk dijahit di bahagian bawah atau bahagian atas. Ada juga bahagian kaki tersebut akan dipotong atau tidak digunakan sekiranya kain tersebut tidak cukup untuk mendapatkan corak berkaki.

 

Bagi corak yang berjalur pula, ia perlulah diambil secara menegak. Amat jarang sekali para penjahit menjahit jalur tersebut secara melintang. Ini kerana, jika ia dipakai setelah dijahit, maka si pemakai akan kelihatan lebih gemuk atau nampak gempal. Itulah sebabnya jika kain berjalur ini diberikan oleh individu yang gempal, biasanya sesetengah penjahit akan mengukur sendiri berapa meter kain tersebut. Jika ia tidak cukup, biasanya si penjahit tersebut akan terus memberitahu sama ada kain tersebut perlu ditambah. Ini kerana penjahit tidak akan mengambil risiko sekiranya kain tersebut tidak sedap dipakai.

 

Cara Memotong Kain Duyung Berira 45 Inci.

 

Yang ketiganya, jika potongan kain adalah ira 45 inci. Kebiasaanya ia akan dipecahkan secara menegak sebanyak 6 atau 8 bahagian kain. Ini kerana pecahan-pecahan ini boleh dilakukan supaya hasil akhirnya akan menampakkan pelanggan lebih kurus. Jika tidak, hasilnya tidak akan cantik. Oleh itu, sebagai pelanggan atau penjahit, anda perulah berharti-hati dengan ragam kain tersebut. Ia bertujuan bagi memastikan kain duyung yang dihasilkan cantik dipakai. Sekiranya ia terletak cantik, maka kedua-dua pihak akan berlapang dada dan mendapat kepuasan masing-masing.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan