Jahitan Langsir Dapur Minimalis dan Moden

Jahitan langsir dapur mungkin tidak popular suatu ketika dahulu. Ini kerana bahagian dapur biasanya tidaklah begitu penting untuk dihiaskan oleh sesetengah individu. Berbanding dengan bahagian ruang tamu ataupun bahagian ruang rehat keluarga. Lagipun, ruang dapur ini berada di bahagian belakang sudut rumah. Ia tidak sesekali ditempatkan di bahagian depan ataupun di bahagian sisi rumah.

 

Justeru jahitan langsir dapur ini tidak begitu diberi perhatian berbanding dengan ruang lain yang telah dinyatakan di atas. Langsir di bahagian dapur ini biasanya dihasilkan daripada lebihan langsir-langsir yang berada di bahagian hadapan rumah.

 

Menghias Ruangan Dapur Dengan Jahitan Langsir Dapur Yang Elegan dan Minimalis.

 

Tempahan Jahitan DapurNamun, dalam perubahan trend jahitan langsir sekarang, ia telah merubah persepsi ini. Di mana ruang dapur juga diambil kira dalam menghiasi sesebuah rumah. Ia biasanya dihasilkan dengan langsir yang lebih tahan lasak dan menarik.

 

Sebagi contohnya kini, design yang paling popular di ruang dapur adalah corak bidai langsir yang lebih dikenali sebagai roman blind. Selain boleh dilabuhkan untuk menghindarkan panas terik matahari dari masuk ke dalam rumah, ia boleh dilipatkan supaya menjadi lebih selesa ketika berada di dapur. Misalannya ketika ingin memasak, maka hiasan langsir yang pendek menjadikannya lebih selesa. Ini kerana langsir ini tidak menghalang tugasan di dapur yang banyak meibatkan air dan sabun pencuci.

 

Langsir Roman Blind Sebagai Hiasan Jahitan Langsir Dapur Anda.

 

Ya, langsir bidai atau roman blind ini amat sesuai dijadikan pilihan sebagai jahitan langsir dapur. Ia tergolong di dalam corak langsir yang moden kerana ia simple. Walaupun ia simple, tetapi ia nampak elegan kerana di pengaruhi dengan elemen-elemen Inggeris iaitu roman blind. Corak roman blind ini sangat diminati kerana ia boleh disusun mengikut kehendak pengguna itu sendiri.

 

Walaupun ia nampak simple, hakikatnya corak roman blind ini sedikit mahal untuk ditempah berbanding dengan corak-corak langsir yang lain. Iaitu corak seperti pleat, goblet dan scallop. Akan tetapi roman blind ini sangat menjimatkan kain dan ia boleh digabungkan dengan jahitan langsir yang lain, agar nampak lebih menarik. Ia boleh ditambahkan dengan valance yang berlekuk-lekuk. Adapun valance Ini akan nampak lebih mewah apabila digayakan bersama roman blind ini.

 

Penggunaan Rod Melintang Yang Berat Untuk Hiasan Roman Blind.

 

Rod LangsirJahitan langsir dapur roman blind ini dibantu oleh rod-rod yang melintang sebagai pemberat. Inilah satu-satunya corak langsir yang menggunakan rod sebagai pemberat. Sebelum ini, kita hanya didedahkan dengan gabus untuk memenuhi ruang bagi jahitan langsir goblet. Tetapi dalam menghasilkan jahitan langsir roman blind ini, rod pula akan digunakan. Jadi apakah material dan bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai rod roman blind ini? Untuk ketahuinya, teruskan pembacaan anda di bawah.

 

1. Rod Besi atau Aluminium.

 

Rod ini biasanya diperbuat daripada besi ataupun aluminium. Jika ia tidak berat, maka langsir roman blind ini mudah beralun-alun dan nampak tidak kemas. Jadi, oleh kerana itulah, besi ataupun aluminium banyak digunakan sebagai rodnya kerana ia mudah didapati dan lebih berat.

 

2. Rod Buluh atau Kayu.
Namun bagi saya ia boleh juga diperbuat daripada buluh ataupun kayu sebagai rodnya. Ini kerana selagi ia membawa peranan sebagi pemberat, maka kedua-dua material ini turut boleh digunakan.

 

Ya, itulah jahitan langsir dapur yang sangat menitik beratkan keselesaan pengguna semasa berada di ruang ini. Jadi, penghasilan langsir yang moden seperti roman blind ini, dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Malahan ia nampak lebih elegan untuk diletakkan sebagai jahitan langsir dapur anda.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan