Blog
Mengatasi 6 Perkara Jahitan Baju Kurung Tidak Selesa
- 20 Januari, 2015
- Posted by: Syahida Ramli
- Category: Cara Menjahit Baju

Bagaimana menghasilkan jahitan baju kurung yang cantik? Itulah yang sering bermain di kotak fikiran saya sewaktu mula-mula mempelajari cara menjahit baju kurung ini. Pada mulanya, saya terikut-ikut dengan guru yang mengajar saya kerana beliau mendedahkan kaedah beliau menjahit baju kurung sehinggakan ia menyukarkan saya untuk keluar dari kaedah yang diajarnya.
Namun, setelah saya bertemu dengan ramai penjahit komersil yang berpengalaman belasan tahun, maka dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya jahitan baju kurung ini amat mudah dikuasai oleh sesiapa sahaja tetapi jahitan baju kurung ini akan menjadi amat rumit jika tidak kena dengan bentuk badan seseorang.
6 Perkara Jahitan Baju Kurung Anda Mempunyai Masalah.
Jadi, di kesempatan ini, saya menggariskan 6 perkara yang boleh menjadikan jahitan baju kurung anda tidak kemas atau tidak selesa dipakai. Antara perkara-perkara yang membuatkan jahitan baju kurung anda tidak cantik adalah seperti berikut:-
- Baju nampak mempunyai 2 tona berbeza. Ini disebabkan cara potongan kain yang anda buat tidak dilakukan mengikut ira kain. Akibatnya, si pemakai akan nampak gempal walaupun dia seorang yang kurus.
- Ketidak selesaaan pada bahagian ketiak. Di mana ia akan menyebabkan seseorang yang gempal badannya akan nampak lebih gempal bentuk tubuhnya.
- Bahagian hujung lengan nampak terjongket. Ia dapat dilihat terutamanya apabila ditambah dengan aksesori seperti manik, lace, riben, sulam benang dan juga sulam kerawang.
- Bahagian depan baju terjongket apabila dipakai.
- Susunan ropol kain menjadi sangat berat dan menyusahkan pergerakan.
- Bahagian leher jahitan baju kurung anda tidak selesa apabila disarung.
Ya, itulah permasalahan yang sering timbul dalam menghasilkan jahitan baju kurung ini. Ini kerana tempahan jahitan baju kurung ini sering menjadi kegemaran para pelanggan untuk ditempah. Dengan tempahan baju kurung ini jugalah, hasil pendapatan sesetengah penjahit adalah lumayan. Ia tidak kiralah sama ada penjahit itu seorang yang professional, berpengalaman ataupun sebaliknya.
Cara Mengatasi Jahitan Baju Kurung Yang Bermasalah.
Sebenarnya, setiap masalah yang digariskan di atas boleh diatasi. Yang pentingnya, sebagai penjahit, sekiranya teknik jahitan yang dilakukan adalah salah, pastinya juga baju kurung yang dihasilkan ini nampak tidak selesa dipakai oleh penempah.
Antara langkah-langkah terbaik dalam menghasilkan jahitan baju kurung yang cantik yang boleh anda praktik dan lakukan adalah seperti berikut:-
- Jahitan atau tebuk leher perlu dihasilkan menyamai huruf “D”. Dengan ini leher baju akan lebih selesa dipakai.
- Tangan terjongket dapat diatasi dengan menggunting secara menyerong di bahagian ketiak ataupun dihasilkan di bahagian hujung tangan. Pastikan hasilnya akan lebih panjang berbanding dengan bahagian bawahnya.
Ya, itulah sediakit sebanyak antara ketidak selesaan si pemakai apabila jahitan baju yang dihasilkan untuk mereka tidak kemas dan cantik.
Akibatnya, anda akan kehilangan pelanggan yang menempah baju tersebut pada masa hadapan. Cuba atasi masalah di atas dengan baik supaya anda menjadi tempat kegemaran ramai untuk tempahan jahitan baju kurung.
Selamat mencuba!
Author:Syahida Ramli
Tinggalkan Balasan Batal balasan
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.