Blog
Fabrik Busana Rosak – 2 Cara Untuk Membaikinya
- 5 Februari, 2015
- Posted by: Akademi2u
- Category: Cara Menjahit Baju

Pernahkah anda mengalami situasi di mana fabrik busana rosak? Fabrik busana rosak tersebut adalah busana kesayangan anda? Ataupun fabrik busana rosak tersebut mempunyai sentimental value kepada anda? Jadi bagaimana cara membaiki fabric busana rosak ini? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan anda.
Terkilan Fabrik Busana Rosak dan Baru Hanya Sekali Dua Sahaja Dipakai
Baju tradisional mahupun baju moden sangat cantik ditambahkan dengan aksesori sulaman mahupun kerawang. Namun, bagaimana perasaan anda apabila mendapati busana yang mahal dan disayangi anda telah rosak dan terkoyak? Paling terkilannya apabila busana tersebut baru sekali dua dipakai.
Malah lebih memilukan lagi apabila bahagian yang terkoyak itu bukannya berada di bahagian penyambungan , sebaliknya ia berada di tengah-tengah permukaan jahitan. Jika ingin dibuang sahaja busana tersebut, pasti anda akan berasa sayang kerana ia adalah busana yang baru. Atau ia mempunyai sentimental value kepada anda.
Membaik Pulih Fabrik Busana Rosak Dengan Melakukan Sulaman Mesin
Jawapannya ialah anda boleh membaik pulih busana yang rosak tersebut dengan menggunakan sulaman mesin. Hal ini kerana, sulaman mesin ini boleh memperbaiki masalah yang anda hadapi seperti di atas. Sebagi contohnya, jika terdapat lubang yang mencacatkan busana tersebut, anda boleh gunakan kaedah sulam tampal atapun anda boleh hasilkan kerawang di bahagian yang terkoyak tersebut.
1. Bagaimana Membaiki Fabrik Busana Dengan Kaedah Sulaman Tampal
- Kaedah sulam tampal ini boleh dihasilkan dengan menampalkan kain alas di bahagian yang terkoyak.
- Biasanya kain alas ini menggunakan fabrik funji.
- Selepas anda jahit keseluruhan tempat yang terkoyak tersebut dengan kain ataupun fabrik funji, ia perlulah ditutup dengan motif abstrak ataupun motif bungaan supaya sulaman tersebut tadi dapat menutup ruang yang terkoyak.
2. Bagaimana Membaiki Fabrik Busana Dengan Kaedah Sulaman Ayak
- Jika ia terkoyak di bahagian hujung kain ataupun lengan baju, ia boleh dipotong dan kemudiannya ditambah dengan sulaman.
- Malah, jika ia berada di hujung, ia boleh diserikan lagi dengan aneka motif sulaman kerawang.
Jadi, itulah cara yang terbaik untuk anda lakukan jika mengalami situasi seperti di atas iaitu situasi di mana fabrik busana rosak atau pakaian anda terkoyak pada lokasi tertentu di fabrik. Jika ia rosak atau terkoyak di bahagian tengah mana-mana busana, anda boleh baikinya dengan menggunakan kaedah sulam tampal. Manakala, jika ia rosak di bahagian hujung baju, anda boleh baikinya dengan menggunakan kaedah sulaman ayak mesin.
Selamat Mencuba!
Author:Akademi2u
Tinggalkan Balasan Batal balasan
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.