Dress Labuh – Petua Menjahit Dress Labuh Kembang

Dress labuh menjadi kegemaran semua golongan, baik kanak-kanak, remaja, belia mahupun mereka yang sudah berumur. Semuanya meminati dress labuh ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai potongan dress yang sesuai dengan peringkat umur masing-masing. Sebagai contohnya, untuk golongan kanak-kanak dan juga remaja, dress labuh yang cantik akan dihasilkan kembang. Lagi kembang dress labuh tersebut, lagi cantik untuk diperagakan mereka.

 

Memperagakan Dress Labuh Kembang Mengikut Umur.

 

Menjahit Dress Labuh KembangNamun, bagi mereka yang berada di usia pertengahan ataupun sudah berumur, ia tidaklah sesuai untuk digayakan secara kembang seperti golongan muda. Namun, dress labuh yang sederhana kembang sudah manis digayakan dengan usia mereka. Adakah salah jika dress ini dijadikan kembang untuk golongan yang berumur? Jawapannya ialah ia tidak salah tetapi kurang sesuai dengan usia mereka. Malah dress labuh sebegini akan menganggu pergerakan kaki mereka semasa melangkah. Ini kerana kain yang kembang akan beralun-alaun semasa berjalan. Jika mereka yang berumur, pastinya alunan kain tersebut akan menganggu pergerakan mereka. Adapun kain yang kembang ini lebih berat berbanding dengan kain-kain yang tidak kembang.

 

Menghasilkan Dress Labuh Yang Sederhana Kembang Dan Bukannya Dress Jubah.

 

Oleh yang demikian, dress labuh bagi mereka yang berumur ini boleh dihasilkan tidak kembang agar mudah untuk mereka bergerak. Namun, ia tidaklah dijahit seperti jubah kerana jubah biasanya dihasilkan tidak terlalu kembang. Walaupun begitu, dress ini boleh juga dihasilkan menyerupai potongan jubah. Ia dikenali dengan jubah dress ataupun jubah princess. Hasilnya sangat cantik dan menarik untuk dipakai oleh semua peringkat umur.

 

Kaedah Mengambil Bidang Kain Untuk Dress Labuh.

 

Menjahit Dress LabuhSelain itu, jenis fabrik juga boleh mempengaruhi cara pemotongan kain untuk menghasilkan dress labuh ini. Fabrik yang cantik tentulah fabrik yang mempunyai bidang 60 dan ke atas. Jika fabrik yang mempunyai bidang 45, ia perlu diukur dan dipotong dengan betul agar kain kembang yang dihasilkan tetap beralun cantik. Namun, disarankan kepada anda, jika ingin membeli kain bidang 45, pastikan ia mempunyai corak yang tidak berkaki kerana jika ia mempunyai corak berkaki, maka ia menyukarkan penjahit untuk menghasilkan jahitan dress labuh anda dengan cantik. Ini kerana jika anda berbadan besar, ia akan menyukarkan untuk proses menjahitnya nanti.

 

Untuk itu, dengan tips di atas, adalah diharapkan agar anda bijak memilih design dan fabrik untuk dress labuh anda nanti.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan