Cara Menjahit Langsir Moden
Langsir Singapore Pleat atau Pinch Pleat merupakan antara rekaan langsir minimalis. Dalam menghiasi kediaman moden, konsep minimalis merupakan konsep yang diminati pada masa sekarang. Ini keranadengan konsep minimalis ini juga, kediaman anda akan nampak lebih luas, terang dan moden. Oleh kerana itulah terdapat rekaan jahitan langsir yang sering menjadi kegemaran masa kini, antaranya ialh langsir […]
Velcro selalunya digunakan dalam dekorasi dalaman rumah. Penggunaan Velcro ini adalah seperti pembuatan slip sofa mahupun langsir. Penggunaan Velcro ini sangat baik.
Jahitan langsir pelmet adalah antara jenis jahitan langsir yang selalu menghiasi rumah-rumah kediaman. Namun, walaupun ia mudah dihasilkan, ia menjadi tarikan utama untuk mana-mana kediaman rumah. Jadi, pada kali ini, penulis ingin membincangkan tentang kebaikan dan keburukan jika anda menempah jahitan langsir pelmet ini.
Rekaan langsir roman blind merupakan rekaan yang tampak kemas dan moden. Rekaan langsir roman blind ini juga merupakan pilihan terbaik untuk anda menukar langsir baru pada tahun ini. Apatah lagi pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan sudah hampir menanti waktu.
Jahit langsir terkini sangat sinonim dengan langsir yang moden. Ia menjadi pilihan terutamanya kepada golongan muda yang baru berkeluarga. Sebab itulah terdapat pelbagai jenis langsir yang dijual secara readymade atau pasang siap di pasaran. Malah, turut juga disediakan aneka jahit langsir terkini yang boleh dibeli.
Asas jahitan langsir merupakan pengetahuan permulaan yang perlu anda ketahui sebelum anda membeli atau menghasilkan langsir. Ini kerana dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang asas jahitan langsir ini, anda akan dapat menentu, mengagak dan mengetahui kos tempahan jahitan langsir anda dengan mudah dan tepat.
Jahitan langsir dapur mungkin tidak popular suatu ketika dahulu. Ini kerana bahagian dapur biasanya tidaklah begitu penting untuk dihiaskan oleh sesetengah individu. Berbanding dengan bahagian ruang tamu ataupun bahagian ruang rehat keluarga. Lagipun, ruang dapur ini berada di bahagian belakang sudut rumah. Ia tidak sesekali ditempatkan di bahagian depan ataupun di bahagian sisi rumah.