3 Cara Tajamkan Gunting Fabrik Waktu Kecemasan

Sebagai seorang pereka fesyen mahupun tukang jahit, pastinya gunting fabrik merupakan alat yang paling berharga untuk anda. Gunting fabrik ini perlu sentiasa tajam dan mudah digunakan semasa proses menggunting fabrik. Ia merupakan alat yang paling penting untuk anda sebagai seorang penjahit.

2 Larangan Semasa Menggunakan Gunting Fabrik.

 

Sebelum kita mengetahui 3 cara menajamkan gunting fabrik pada waktu kecemasan, apa kata kita tinjau terlebih dahulu 2 faktor yang boleh mengakibatkan gunting jahit menjadi tumpul. 2 faktor ini juga merupakan pantang larang yang perlu diingat oleh setiap penjahit.

Gunakan Gunting Fabrik Hanya Untuk Fabrik.

 

Cara Menajamkan Guting FabrikTahukah anda terdapat larangan yang perlu anda tahu semasa menggunakan gunting ini? Pertamanya, gunting fabrik tidak boleh sama sekali digunakan untuk menggunting bahan-bahan lain seperti kertas mahupun span. Ia adalah larangan yang paling utama. Jika tidak, gunting yang anda gunakan tidak akan tajam apabila proses menggunting fabrik dilakukan. Ekoran daripada itu, hasil fabrik yang digunting dengan gunting ini akan sedikit bergerigi dan tidak kemas.

 

Jangan Berkongsi Gunting Fabrik.

 

Selain itu, larangan seterusnya adalah gunting individu yang bertangan kidal tidak boleh digunakan oleh mereka yang bertangan kanan. Maknanya, jika anda ingin meminjam gunting fabrik daripada seseorang yang bertangan kidal, sedangkan anda bertangan kanan, maka perkara ini adalah dilarang. Jika tidak, mereka yang kidal akan merasa tidak selesa dan hasil guntingnya akan bergerigi sedikit jika menggunakan kembali gunting tersebut. Sebab itulah, anda dilarang sama sekali berkongsi gunting fabrik ini dengan orang lain.

 

Petua ini juga penting sebagai peringatan jika anda belajar di mana-mana bengkel jahitan. Di mana, jika gunting fabrik adalah alatan yang perlu dikongsi kerana ia tidak diberikan sewaktu bengkel, maka anda perlu fikir-fikirkanlah terlebih dahulu jika hendak mengikut bengkel sebegini. Paling tidak pun, anda bawa gunting fabrik anda sendiri.

 

CARA PERTAMA – Menajamkan Gunting Fabrik –Daun Tebu.

 

Jadi, bagaimana pula cara untuk menajamkan gunting fabrik dalam waktu kecemasan begini. Maknanya, bagaimana ingin menajamkan semula gunting anda jika 2 situasi di atas berlaku tanpa disedari. Pertamanya, jika di keliling anda mempunyai poko tebu, maka racip-raciplah daun tebu menggunakan gunting yang tumpul tadi. Dengan ini, gunting yang tumpul tadi akan menjadi tajam semula.

 

CARA KEDUA – Menajamkan Gunting Fabrik – Kertas Pasir.

 

Keduanya, anda boleh menajamkan semula gunting anda menggunakan kertas pasir. Caranya ialah sama seperti anda meracip helaian daun tebu tadi. Lama kelamaan, gunting tersebut akan menjadi tajam seperti baru diasah.

 

CARA KETIGA – Menajamkan Gunting Fabrik – Muka Botol Kaca.

 

Imej Cara Tajamkan Guting Fabrik Yang TumpulKetiganya, jika daun tebu tiada dan kertas pasir pun tiada, maka anda boleh menajamkan gunting fabrik anda dengan menggunakan botol kaca di rumah. Notol kaca ini seperti botol cuka ataupun botol kicap. Muka botol kaca itulah tempat anda mengasah gunting tumpul tadi. Asahkan dengan menggerakkan gunting pada muka botol kaca tersebut. Ya, gunting tadi akan tajam semula seperti baru diasah.

 

Itulah tadi, beberapa kaedah yang boleh anda lakukan di rumah untuk waktu-waktu kecemasan jika gunting fabrik anda tumpul. Inilah alternative yang boleh anda ambil sebelum anda mempunyai masa untuk menghantarnya semula ke kedai uuntuk mengasah gunting anda.

 

Semoga petua ini berguna untuk anda semua!

Akademi2u
administrator
Akademi2u merupakan sebuah laman web yang mengajar anda bagaimana untuk menjahit dan menyulam sendiri biarpun anda tiada asas jahitan. Kami mengajar anda tanpa perlu menghadiri bengkel sebenar.

Tinggalkan Balasan