Cara Menyulam Sulaman Kerawang Pada Ruangan Terhad

Sulaman kerawang amat cantik dipakai oleh sesiapa sahaja yang meminatinya. Sejarah sulaman kerawang telah membuktikan bahawa ia seninya kekal tidak lapuk ditelan zaman. Ini kerana rekaan sulam kerawang ini cantik dipandang dan amat unik sekali hasilnya. Ia mengikut kepakaran dan pengalaman seseorang penyulam tersebut. Jika makin berpengalaman seseorang penyulam tersebut, maka semakin cantik dan berkualiti hasil sulam kerawang yang dihasilkan.

 

Jika sebelum ini, kita melihat sulam kerawang dihasilkan pada kebaya nyonya, kebarung, baju kurung dan songket. Ini menunjukkan medium yang digunakan mempunyai ruang sulaman yang besar. Walau bagaimanapun, terfikirkah anda bahawa sulaman kerawang juga boleh dihasilkan pada ruang yang kecil ataupun terhad.

 

Maksud kerawang ialah tebuk-tebuk yang dihasilkan pada sulaman. Terdapat pelbagai jenis sulaman kerawang mengikut motifnya tersendiri.

 

 

Menghasilkan Rekaan Sulaman Kerawang Pada Ruangan Terhad.

 

Thumbnail Menyulam Sulaman Kerawang MesinUntuk pengetahuan anda, ruang yang terhad ini banyak menguji para penyulam untuk menghasilkan rekaan sulam kerawang mereka. Hal ini kerana, mereka terpaksa menggunakan fabrik lain agar ruang yang terhad ini boleh diletakkan pada permukaan pemidang ataupun ram. Bayangkan jika pemidang yang digunakan adalah besar seperti pemidang yang berdiameter 12 inci, pastinya fabrik yang digunakan sebagai penyambung tersebut perlulah meliputi ruang 12 inci tersebut.

 

Fabrik Sulaman Kerawang Bakal Terkoyak.

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga pemidang yang berdiameter kecil seperti 2 – 3 inci. Namun, jika penyulam menggunakan pemidang sebegini, penyulam terpaksa kerap membuka dan mengalih tempat yang ingin disulam. Kesan daripada perbuatan ini boleh menyebabkan fabrik yang ini disulam ini akan mudah terkoyak. Ini disebabkan fabrik yang perlu diletakkan pada pemidang perlulah sentiasa dalam keadaan tegang semasa proses menyulam dilakukan. Oleh yang demikian, jika fabrik yang ingin disulam tersebut sentiasa berubah kedudukannya dalam pemidang, ia boleh menyebabkan kain tersebut mudah terkoyak. Apatah lagi jika fabrik tersebut adalah fabrik berjenis spring ataupun nipis.

 

Tidak Gemar Mengambil Risiko.

 

Thumbnail Menyulam Sulam Kerawang MesinOleh kerana itulah, bagi penyulam yang kurang berpengalaman, mereka tidak akan cuba mengambil risiko jika diberi ruang yang kecil sahaja untuk menyulam sulam kerawang. Pengalaman saya dalam menyulam ruangan sebegini adalah ketika menghasilkan lidah ataupun lapik dihadapan baju kebaya. Di sinilah ia sedikit menguji jiwa kerana sulam kerawang yang dihasilkan pada lidah ataupun lapik hadapan baju kebaya tadi perlulah disulam kemas dengan ruangan yang kecil. Jika ia dihasilkan tidak kemas ataupun mengalami kerosakan, maka ia senang dilihat kerana ia berada di hadapan baju.

 

Ruangan Sulaman Kerawang Lidah Hadapan Baju.

 

Justeru, jika rekaan sulam kerawang anda perlu dihasilkan pada ruangan yang kecil seperti 1 inci, maka ketika inilah ia akan menguji kepakaran anda dalam menyulam kerawang pada sudut tersebut. Jika anda ingin menghasilkan kerawang di bahagian lidah hadapan baju, maka anda perlulah menyediakan ruang sulaman tersebut sebesar 1.5 hingga 2.5 inci. Dengan ruangan sebegini, barulah corak sulaman mesin yang anda hasilkan nanti ideal dan tidak terlampau besar ataupun tidak terlampau kecil.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan