Cara Menjahit Sulaman Manik Mudah

Sebenarnya, sulaman manik ini tidaklah susah untuk digayakan atau dijahit. Atas alasan itulah kini, baju readymade yang dihasilkan jarang sekali dijual kosong atau dibiarkan polos. Sehingga baju kanak-kanak pun dijahit dengan sulaman manik kerana trend sekarang inginkan design yang sedondon. Jika baju seorang ibu itu bermanik, pastinya baju si anak juga turut dijahit dengan manik. Barulah ia dikatakan sedondon.

 

 Aneka Hasil Seni Sulaman Manik

 

Selain itu juga, corak sulaman manik kini tidak hanya terikat digayakan oleh satu-satu kaum sahaja. Ia sesuai digayakan oleh semua kaum dengan semangat muhibah antara kaum. Baru keharmonian sesama kaum terjalin dengan erat. Malah, ia turut menjana pendapatan ekonomi keluarga bagi mereka yang mengusahakan perniagaan yang berasaskan sulaman dan jahitan manik ini. Sebenarnya, jika anda pernah terbaca artikel-artikel saya sebelum ini, pastinya anda ingat pendapat yang saya berikan tentang potensi sulaman manik ini. Hal ini kerana, ia tidak sahaja dijahit pada baju sahaja tetapi ia juga dapat dijahit pada alatan dekorasi rumah, aksesori wanita, beg tangan dan juga kasut. Ia dapat dikembangkan dalam pelbagai gaya yang menarik dan terkini. Sebut sahaja manik, pastinya ia dapat memenuhi citarasa anda sebagai pengguna.

 

Betulkah Mudah Menghasilkan Rekaan Sulaman Manik Ini?

 

Cara Menjahit Sulaman Manik MudahMudah? Betul ke ia mudah dihasilkan? Jika ia mudah dihasilkan mengapa nilainya sangat tinggi? Sebenarnya cara membuat sulaman manik ini sangat mudah jika anda menggunakan teknik jahitan yang betul. Walaupun kadang-kadang, satu-satu teknik jahitan manik ini mengambil masa sedikit lama untuk menghasilkannya tetapi jika ia dilakukan dengan betul, ia tidak menjadi masalah kerana anda telah menjimatkan masa untuk menetas semula jahitan yang rosak sekiranya jahitan itu tidak menggunakan teknik yang betul. Apa gunanya jika anda menjahit tanpa sebarang teknik, jahitan yang terhasil tidak berkualiti dan longgar. Malah jika anda menggunakan labuci, pastinya labuci itu tidak akan mengeluarkan sinarannya yang cantik. Kesannya pasti anda akan menetas semula jahitan manik. Inilah yang melambatkan proses menyiapkan rekaan sulaman manik anda.

 

Belajar Menjahit Manik Bersama Akademi2u

 

Cara membuat sulaman manik ini ada diajar secara terperinci di platform akademi2u.com. Malah di sini, anda bakal mampu mempelajari juga seni kemahiran tangan yang lain dalam satu platform. Mudah bukan, ia hanya di hujung jari anda sahaja. Apabila mengetahui teknik jahitan yang betul, anda boleh menghasilkan pelbagai rekaan sulaman yang menarik mengikut citarasa anda sekaligus dalam menjenamakan hasil kerja tangan anda sendiri. Itulah kelebihan jika mempelajari seni sulaman tangan ini dengan betul dan mudah difahami.

 

Jadi, apa tunggu lagi, daftar sekarang agar anda dapat menguasai seni sulaman manik ini dan kesemua seni kemahiran tangan yang lain secara santai dan berkesan. Selamat belajar!

Akademi2u
administrator
Akademi2u merupakan sebuah laman web yang mengajar anda bagaimana untuk menjahit dan menyulam sendiri biarpun anda tiada asas jahitan. Kami mengajar anda tanpa perlu menghadiri bengkel sebenar.

Tinggalkan Balasan