Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari

Ya! Topik kali ini akan membincangkan tentang Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari. Ingin tahu caranya? Jom teruskan pembacaab anda.

Kini sulaman manik crumble berada kukuh dihati peminat berbanding dengan teknik-teknik yang lebih rumit seperti manik 3D. Bukannya tiada yang minat dengan manik 3D tetapi untuk menghasilkannya begitu rumit sedangkan ia tidak mampu dibayar oleh pelanggan. Sebab itulah ia semakin lenyap kerana untuk menghasilkannya, ia memerlukan kemahiran yang tinggi seperti menghasilkan kasut dan beg manik.

 

 

Namun, manik crumble ini semakin diminati kerana ia boleh digabungkan dengan pelbagai bahan dan dihasilkan secara padat. Apabila melihat hasilnya, setiap mata yang memandang akan tertarik dengan penghasilan manik crumble.

 

Bahagian Hadapan Baju Menjadi Tumpuan Dalam Menjahit Sulaman Manik Crumble

 

Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju SariBahagian hadapan baju seringkali menjadi tumpuan dalam menghasilkan manik crumble. Jadi, cara menjahit sulaman manik crumble pada hadapan baju cukup mudah. Di mana, ia boleh dihasilkan secara melintang, menegak mahupun membentuk seperti segi tiga. Manik crumble ini sangat diminati oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana saya sendiri pernah menghasilkan crumble ini dibahagian belakang baju. Jadi, ingin tahu Bagaimana Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari ini? Ikuti bersama pengalaman yang ingin dikongsikan di sini.

 

Saya pernah juga menghasilkan manik crumble ini untuk pengantin India. Daripada contoh yang ditunjukkan kepada saya, nyata pelanggan saya ini seorang yang tidak tahu tentang perkembangan fesyen manik. Tapi beliau memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan sesuatu yang menarik di hari perkahwinannya nanti. Sesuatu yang boleh diingati oleh semua hadirin yang hadir. Tapi katanya beliau seorang yang simple. Jadi, jika anda menerima pelanggan seperti ini, persoalan-persoalan berikut selalunya bermain di dalam fikiran anda:-

  1. Bagaimana cara menjahit sulaman manik crumble pada baju sari yang sesuai diguna pakai?
  2. Adakah Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari yang dihasilkan nanti menepati citarasa pelanggan?
  3. Betulkah Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari ini sama seperti cara menjahit sulaman manik crumble untuk baju lain?
  4. Bagaimana pula dengan material dan bahan yang digunakan? Sesuai ataupun tidak?

 

Cabaran Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari

 

Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju SariItulah cabaran bagi saya kerana menghasilkan busana pengantin ini sangat sesuai jika menggunakan manik crumble tetapi jika pelanggan itu ingin sesuatu yang tidak sarat bermakna ia membataskan kreativiti saya semasa menjahit. Itulah sebahagian cabaran dalam menghasilkan baju pengantin itu.

 

Oleh kerana masa yang diberikan kepada saya adalah singkat kerana pada masa itu saya sibuk menyiapkan busana untuk tempahan hari raya. Jadi saya terpaksa mencuri masa sedikit untuk menghasilkannya.

 

Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari

 

Caranya saya gabungkan crumble mutiara dan crumble kristal. Bagi saya itulah jalan terbaik. Jika saya hasilkan teknik crumble yang lain ia akan memakan masa yang lama dan ia akan nampak sarat. Jadi saya hasilkan crumble itu pada baju sari. Seingat saya, pelanggan itu datang mengambil busananya pada waktu hampir saya tutup kedai dalam jam 7.30 malam.

 

Namun, usaha saya berbaloi kerana beliau amat gembira dengan hasil rekaan saya. Malah bakal suami dan seluruh keluarganya turut gembira dengan hasil tangan saya. Saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana kekangan masa dan idea yang terhad perlu dalam penghasilan busana itu. Namun, saya puas kerana pelanggan saya sangat gembira. Alhamdulillah…

Jadi, jika anda menerima pelanggan seperti ini, jangan lupa abadikan Tips Cara Menjahit Sulaman Manik Crumble Pada Baju Sari yang telah diberikan di atas.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan