Bunga Sabun – Belajar Mudah Cara Mengukirnya

Bunga sabun atau juga dikenali sebagai ukiran sabun sangat cantik kerana ia bukan sahaja dipandang tetapi juga wangi baunya. Jadi, tidak hairanlah jika ukiran bunga sabun ini amat diminati suatu tika dahulu. Ukiran bunga sabun yang cantik menjadi pilihan untuk dihasilkan.

 

Saya pernah melihat bapa saya mengukir bunga sabun sehingga menjadi sebakul bunga sabun yang cantik. Kaedah mengukir bunga sabun ini, sangat rumit kerana anda perlu mahir dengan seni mengukir. Jadi jika anda ingin menghasilkan bunga sabun ini tanpa mempunyai asas mengukir, teruskan pembacaan anda di bawah untuk mengetahui menghasilkan seni kraf kreatif ini.

 

Kaedah Lain Menghasilkan Bunga Sabun Tanpa Mengukir.

 

Terdapat kaedah lain yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk menghasilkan bunga sabun hiasan ini. Caranya ialah dengan mengadunkan sabun yang berbau wangi yang dihasilkan secara doh. Kebiasaannya jenama sabun yang digunakan adalah Lux kerana strukturnya yang sedikit keras serta baunya lebih tahan lama. Namun, pernah juga saya menggunakan sabun fruitale kerana ia sedikit berminyak yang boleh menyebabkan bunga yang diadun tersebut sedikit berkilat. Ini dapat menambahkan lagi seri bunga sabun yang dihasilkan.

 

Menyagat Sabun Menggunakan Penyagat Untuk Langkah Menghasilkan Bunga Sabun.

 

Bunga Sabun Buatan SendiriAdapun sabun yang digunakan ini perlu disagat menggunakan penyagat kelapa. Mengapa perlu menggunakan penyagat? Ini kerana hasil sabun yang telah disagat tadi akan lebih halus seperti tepung berbanding jika sabun tersebut dicincang halus ataupun ditumbuk mahupun dikisar menggunakan blender.

 

Setelah disagat, ia perlu dicampurkan dengan gam putih iaitu gam jenis polister. Tujuannya adalah untuk memastikan sabun tadi melekat bersama-sama tepung nanti.

 

Langkah Mencampurkan Tepung Bersama Dengan Sabun.

 

Tepung yang digunakan pula adalah tepung jagung. Jadi apabila ketiga-tiga bahan tadi diadunkan, maka ia akan menghasilkan doh yang cantik seperti doh plasticine permainan kanak-kanak. Sekiranya anda inginkan ia berwarna-warni, jadi semasa pembuatan doh tadi, campurkan sedikit pewarna pastel ke dalamnya. Jika tidak ia memadailah dengan warna asal sabun yang digunakan yang mempunyai warnanya tersendiri.

 

Adunan Doh Tidak Terlalu Keras dan Tidak terlalu Lembik.

 

Belajar Hasilkan Bunga Sabun SendiriAdunan tersebut perlulah dihasilkan tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembik bagi memudahkan anda menghasilkan rekaan bunga sabun itu nanti. Jika sekiranya ia keras, maka hasil doh anda akan pecah semasa anda membentuk kelopak bunga ataupun ketika menghasilkan rekaan anda.

 

Namun, sekiranya ia terlalu lembik, ia menyukarkan anda untuk membentuk kelopak bunga kerana ia tidak mengikut rentak ataupun gaya anda menghasilkan bungaan tersebut. Jadi, untuk kebaikan anda, pastikan doh sabun tersebut dalam keadaan sederhana iaitu tidak terlalu keras ataupun tidak terlalu lembik.

 

Selain itu juga, ia perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara kerana jika doh ini terdedah kepada udara, ia mudah menjadi keras. Jadi sebelum anda menyimpannya, balutlah doh tadi dengan menggunakan plastik sebelum meletakkannya dalam bekas kedap udara. Ini bertujuan mengelakkan doh tersebut menjadi keras.

 

Membentuk Doh Menjadi Bunga Sabun Yang Diingini.

Hasilkan Bunga Sabun SendiriSetelah doh siap dihasilkan, anda bolehlah membentuknya menjadi apa sahaja rekaan yang diinginkan. Sekiranya anda ingin hasilkan bunga-bungaan, maka carilah bunga yang mempunyai banyak kelopak seperti bunga ros. Ia bertujuan mendapatkan hasil yang lebih cantik berbanding dengan bunga-bungaan yang mempunyai sedikit kelopak seperti bunga lili.

 

Setelah anda siap mereka bunga-bungaan tadi, maka jemurlah ia di bawah cahaya matahari supaya bunga sabun yang anda hasilkan tadi akan benar-benar kering. Jika bunga sabun tadi tidak kering secukupnya, hasil bungaan tersebut akan cepat berkulat.

 

Jadi, selamat mencuba menghasilkan rekaan bunga sabun, bunga sabun wangi, bunga sabun hiasan, bunga sabun door atau apa jua gelarannya hari ini!

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan