Beg Fabrik Eva Dengan Aksesori Fabrik Felt

Fabrik felt amat diminati oleh golongan muda dalam menghasilkan bahan kraf kreatif berbanding dengan kain perca ataupun bahan-bahan kitar semula yang lain. Fabrik felt ini sangat diminati termasuk fabrik eva. Malah, fabric eva dan fabric felt ini boleh digabungkan menjadi bahan kraf kreatif yang sangat menarik dan unik jika kena pada hasil kreativtinya.

 

 

Beg Tangan Dari Fabrik Eva dan Aksesori Tambahan Dari Fabrik Felt.

 

Beg Eva Dengan Aksesori FeltSebagai contohnya, dengan menggunakan fabrik eva, anda mampu menghasilkan beg tangan yang mudah dan comel. Malah, beg tangan ini tidak perlu dijahit dengan mesin tetapi juga boleh terus dihasilkan dengan menggunakan tangan. Selain itu, untuk mencantikkan lagi beg yang dihasilkan daripada fabrik eva ini, di sinilah fabrik felt memainkan peranannya sebagai satu bahan yang boleh digunakan sebagai aksesori tambahan dalam mencantikkan lagi beg eva tadi.

 

Cara Menjahit Beg Eva Tanpa Menggunakan Mesin Jahit.

 

Bagaimanakah untuk menjahitnya tanpa menggunakan mesin? Untuk pengetahuan semua, terdapat beberpa teknik jahitan tangan yang boleh digunakan untuk menjahit beg tangan ini dengan kemas dan kukuh.

 

Antaranya adalah:-

 

  • Teknik jahitan insang pari,
  • Teknik jahitan jelujur, dan
  • Teknik jahitan tindih kasih.

 

Ketiga-tiga teknik jahitan ini, amat sesuai digunakan dalam menjahit beg eva ini tanpa menggunakan mesin.

 

1. Cara Menjahit Beg Dengan Teknik Jelujur.

 

Jahitan jelujur ini pula diperkemaskan sebanyak dua kali pertindihan supaya jahitannya lebih kemas.

 

2. Cara Menjahit Beg Dengan Teknik Jahitan Insang Pari.

 

Selain itu, teknik jahitan insang pari ini boleh dijadikan hiasan yang cantik di bingkai keseluruhan beg fabrik eva ini. Cuma, benang yang digunakan adalah besar dan kasar sedikit sepertimana benang tating dan juga benang kait. Dengan ini, barulah beg yang menggunakan teknik insang pari ini cantik dan kemas.

 

Fabrik Felt Mudah Dibentuk Untuk Menghasilkan Aksesori Beg.

 

Selain itu juga, jahitan fabrik felt ini mudah dibentuk untuk menghasilkan aksesori pada badan beg. Ia boleh ditambahkan dengan mata tiruan yang hanya ditampal menggunakan gam UHU ataupun gam tembak sahaja. Dengan ini, pelbagai bentuk dan gaya dapat diolah supaya dapat menghasilkan bahan kraf yang menarik dengan menggunakan asas fabrik felt dan eva yang menjadi minat terutamanya golongan muda hari ini.

 

Jadi, apa yang anda tunggu sekarang? Hasilkan beg tangan anda dengan menggunakan fabric eva dan felt hari ini.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan