Baju Dress – 3 Kesukaran Dalam Menghasilkannya

Baju dress merupakan trend fesyen terkini. Boleh dikatakan, ramai golongan wanita sama semakin rancak mengenakan baju dress untuk rutin harian mereka. Namun, tahukan anda bahawa dalam menghasilkan sepasang baju dress, terdapat 3 perkara yang paling sukar dilakukan sewaktu menghasilkannya.

 

3 Masalah Dalam Menghasilkan Baju Dress.

 

Cara Menjahit Baju DressSetelah fabrik baju dress digunting dan dicantumkan, anda akan menghadapi 3 masalah ini. Masalah ini merupakan perkara yang sering timbul kepada penjahit baru. Malahan, adapun masalah ini sering dihadapi oleh penjahit yang berpengalaman apabila menghasilkan baju dress atau busana moden yang berfesyen.

 

3 masalah tersebut adalah seperti berikut:-
• Masalah ketika menghasilkan leher.
• Masalah ketika menghasilkan kaff.
• Masalah ketika menjahit zip.

 

Namun, jika anda mengetahui konsep asas jahitan ketiga-tiga proses di atas, pastinya penghasilan leher, kaff dan juga zip baju dress menjadi lebih mudah. Malah, ia satu perkara yang sangat seronok untuk dihasilkan.

 

Menghasilkan Cheongsam Baju Dress.

 

Cara Menjahit Dress Leher CheongsamSebagai contohnya, untuk menghasilkan leher tinggi seperti leher cheongsam pada baju dress anda. Untuk menghasilkannya perkara yang perlu anda lakukan ialah kain lapik leher yang digunakan perlu keras tetapi lembut. Ia sedikit tebal tetapi masih lagi lembut apabila dilentur. Di sini, jangan pula anda membeli kain lapik yang sangat tebal. Ini kerana kasin lapik sebegini hasilnya akan menjadi mudah patah apabila dibasuh dengan menggunakan cucian mesin.
Apa jua bentuk leher yang dihasilkan, anda perlu menjahitnya dengan rapat ke garisan yang telah dipotong kain lapik leher tadi. Jika dijahit besar daripada ruang keliling leher, pastinya leher yang dihasilkan tidak akan cantik kerana terdapat ruang kosong yang terbentuk. Jadi, anda perlulah menjahit betul-betul di keliling leher yang terbentuk tersebut.

 

Terbalikkan dan Gunting Kecil Di Bahagian Tepi Leher Baju Dress.

 

Untuk kekemasan supaya mudah dijahit, anda perlu terbalikkan leher. Dan di bahagian tepi jahitan leher tadi perlulah digunting kecil. Ini bertujuan agara apabila ditebalkan, ia akan menghasilkan jahitan leher yang cantik. Jika ia tidak dilakukan, jahitan yang terhasil akan bergerigi.

 

Tandakan Pada Baju Sebelum Menjahit.

 

Selain itu juga, sebelum anda menjahit leher cheongsam pada baju dress anda, ia perlu ditandakan. Ini bertujuan supaya anda tidak menjahit jauh dari leher yang terhasil. Jika tidak, pastinya hasil leher yang dibuat menjadi tinggi. Dan ia tidak akan tegap sebaliknya kelihatan patah.

 

Menggosok Baju DressSeterika Leher Baju Dress Terlebih Dahulu.

 

Walaupun begitu, setiap pergerakan menjahit leher tinggi cheongsam mahupun leher tinggi yang lain, ia perlulah digosok terlebih dahulu. Ini bagi memastikan leher yang dijahit menjadi lebih kemas dan cantik. Bukannya leher tadi terus dijahit begitu sahaja. Jika dijahit tanpa digosok terlebih dahulu, pastinya hasilnya akan nampak menggelembung dan tidak cantik. Sebab itulah leher ini perlu dihasilkan dengan teliti. Dan setiap jahitannya perlulah digosok terlebih dahulu.

Syahida Ramli
lp_teacher
Syahida Ramli merupakan perunding kemahiran berasaskan sulaman, apparel dan fesyen serta keusahawanan Butik dan Akademi Sri Classic. Beliau dilantik sebagai pakar tunggal sulaman Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan dilantik oleh MARA Malaysia sebagai Panel Pakar Runding Berkaitan Kemahiran Keusahawanan Sulaman dan Aksesori Wanita. Beliau mendapat asas kemahiran sulaman ini semenjak berusia 10 tahun yang merupakan warisan keluarga beliau sejak turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Tinggalkan Balasan