4 Petua Menggunting Fabrik Untuk Hasil Pemotongan Yang Cantik

Terdapat 4 petua menggunting fabrik yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan hasil jahitan yang cantik. Petua menggunting fabrik ini merupakan amalan setiap penjahit. Jika anda baru belajar dalam seni jahitan ini, maka 4 petua menggunting fabrik yang digariskan di bawah haruslah diamalkan. Selain dari menjamin potongan fabrik yang cantik, petua ini turut memberikan kesan pada jahitan fabrik anda nanti. Jadi, jom teruskan pembacaan anda untuk mengetahui 4 petua menggunting fabrik yang perlu diamalkan.

Petua Menggunting Fabrik Yang Pertama – Jangan Mengangkat Fabrik.

 

Pertamanya, ketika anda menggunting fabrik, jangan sesekali mengangkat fabrik. Ini kerana ia akan menyebabkan fabrik anda tidak sekata. Sama ada fabrik anda lebih besar ataupun akan menjadi lebih mengecil. Dan hasilnya akan menyerong. Beza yang terhasil amat besar. Sebanyak 1 hingga 4 inci. Sebab itulah, jika perkara ini tidak diambil kira. Atau ia telah menjadi kebiasaan, maka ia akan menyukarkan anda untuk memotong fabrik. Amalkan petua pertama ini dalam setiap rutin seni jahitan anda.

 

Petua Menggunting Fabrik MudahPetua Menggunting Fabrik Yang Kedua – Meletakkan Pin Terlebih Dahulu.

 

Keduanya, bagi fabrik yang lembut dan nipis. Anda perlu meletakkan pin dahulu di keliling tempat yang ingin digunting. Ataupun meletakkannya di tempat yang ingin digunting. Jika tidak, fabrik yang dipotong tidak akan cukup. Walaupun kerja ini sedikit rumit, namun ia akan menyenangkan anda sewaktu menjahit nanti.

 

Petua Menggunting Fabrik Yang Ketiga – Menggosok Fabrik Terlebih Dahulu.

 

Ketiganya, jika anda menggunting fabrik memeri atau bergetah. Anda perlu menggosok fabrik tersebut terlebih dahulu supaya ia dapat digunting dengan mudah. Selain itu, apabila menggunting fabrik tersebut, perlulah dilebihkan seperti basi. Lebihkan antara 0.5 hinggas 1 inci. Ini kerana fabrik memeri ini akan mengecil sewaktu proses menjahit nanti.

 

Petua Menggunting Fabrik Yang Keempat – Menggunting Secara Menegak.

Petua Menggunting FabrikKeempatnya pula, jika anda ingin hasilkan busana yang berjalur. Tidak kiralah sama ada busana seperti baju kurung, baju riau atau baju cekak musang. Jangan sesekali menggunting bahagian tersebut secara melintang. Jika digunting secara melintang, ia akan menampakkan lengan. Ataupun bahagian tangan baju akan menjadi kembang. Seterusnya menyebabkan si pemakai nampak lebih gemuk. Jadi, jika fabrik anda berjalur, pastikan anda menggunting secara menegak. Barulah fabrik ini akan cantik dipotong.

 

Ya, itulah 4 tips yang dapat dikongsi pada kali ini. Semoga guntingan fabrik yang anda lakukan lebih tepat dan betul. Manfaatkan petua menggunting fabrik di atas bagi mendapatkan hasil potongan fabrik yang cantik dan berkualiti.

Akademi2u
administrator
Akademi2u merupakan sebuah gedung pembelajaran atas talian atau online yang memuatkan kemahiran jahitan, sulaman dan kraf kreatif.

Tinggalkan Balasan